Asalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan yang ke sembilan. Hari ke empat PKP Fasa 4. Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT.
Pagi ini Cik Wan nak share menu pencuci mulut yang sangat mudah dan sedap. Panjang namanya tapi masa makan kejap je habis. Ais krim ni agak muak sedikit mungkin kerana rasanya yang lemak manis begitu. Kuantiti seperti dalam gambar tu kami makan berempat. Nanti boleh agak2 porsi untuk keluarga ya. Jom tengok bahan dan cara membuatnya. Langkah membuat dessert ni kena cepat ya sebab karamel tu cepat keras.
Bahan-bahannya:
Pisang secukupnya (boleh guna pisang berangan/emas/montel/nangka)
Aiskrim vanilla secukupnya
Kacang yang telah dibakar/goreng - badam/gajus/walnut
3 sudu gula pasir- untuk dikaramelkan
3-4 sudu air
Cara membuatnya:
- Sediakan pisang.
- Masukkan gula dalam pan-tunggu hingga jadi karamel. Masukkan air (hati-hati kerana air gula akan merecik)
- Bila dah cair semunya, masukkan pisang-golek2kan buah pisang sekejap hingga pisang dah tersalut dengan karamel.
- Cepat2 tuang ke dalam bekas hidangan.
- Letakkan aiskrim dan taburkan kacang2 pilihan.
- Siap..yummy.
Selamat mencuba and happy cooking :)
No comments:
Post a Comment