Thursday 20 February 2014

Mee Celup pergghhh sedap sekali

Mee celup merupakan di antara makanan kegemaran saya. Suami saya tahu betapa sukanya saya pada mee celup terutama kueh tiew celup sehingga boleh dikatakan setiap kali balik Kelantan, dia akan temankan saya untuk cari dan menikmati juadah ini. Sekarang tempat yang selalu saya pergi ialah kedai mee celup dekat Balai Polis Tumpat sebelah dengan kedai jahit serta kedai gunting rambut..perggghhh....semangkuk tak cukup hehehe. Kalau di sini pulak saya selalu ke Restoran PitStop di Bangi untuk menikmati kueh tiew yang original..lama dah tak ke sana sejak restoran Ahlan di Saujana Impian turut menjual mee celup. Lagi lama tak ke restoran tu sebab saya dah pandai buat sendiri..hehehe.

Sudah banyak kali saya cuba masak menu ni tapi selalunya ia akan berakhir seperti mee sup sahaja. Bila saya tanyakan jawapan yang saya terima semacam je..macam tu jer..mudah jer..campak2 jer..aduhhh mungkin mereka betul2 tak tahu ataupun menganggap ianya secret recipe yang perlu dirahsiakan??? Entahlahh.

Tetapi suatu hari, memang nak jadi rezeki saya yang selalu menjelajah restoran2 yang menjual mee celup di sekitar Kelantan ni terutama di sekitar Kota Bharu, Pasir Putih dan Tumpat.....saya TERSEREMPAk..ya.!!!!..terserempak dengan tukang masak yang sedang menyediakan sup mee celup ni di sebuah restoran di tepi sawah di Tendung...unbelievable..hehehehe

Saya ke restoran tu dalam pukul 12.00. Nampak macam dah buka jadi saya dan suami masuk. Ada satu periuk besar betul2 di dalam restoran di bahagian depannya. Rupa2nya kuah sup untuk mee celup. Saya jengok nak lihat  apa yang ada di dalamnya. Tak tergamak sebenarnya nak ambil gambar. Cepat2 saya jotdown dlm note hp. Selepas itu saya nampak lagi tukang masaknya memasukkan beberapa bahan tambahan ke dalam kuah sup tadi..tak tahan, saya pegi tengok depan2 tukang masak tu..habih cerita. So resepi ni kira dapat kebenaran jugaklah..hehehe. Walaupun begitu, disebabkan saya tidak melihat 100% bagaimana proses dibuat, saya terpaksa mengandaikan sahaja beberapa langkah permulaan. Alhamdulillah, dah beberapa kali buat ni hampir 90% rasanya sama dengan yang biasa makan di restoran malahan kadang2 lebih sedap daripada beberapa restoran yang pernah saya pergi.

Kawan-kawan silalah mencuba dan bolehlah dibuat alteration yang mana difikirkan sesuai dan lebih menyedapkan. Selamat mencuba..

Bahan untuk supnya;
3 ketul tulang yang ada dagingnya
Sekeping besar tapak tangan perut lembu, lebihpun tak apa- yang original ialah perut lembu muda/susu
2 peket fishball- boleh ganti dengan meatball/chikenball
4 ulas bawang putih-mayang
4 ulas bawang merah-mayang
2 inci halia-mayang
4 kuntun bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

1 batang celery-potong besar
1/2 batang lobak putih-potong kasar
1 batang serai-ketuk
1 pohon pokok ketumbar-ketuk akarnya

Perisa sup;
Sos ikan secukupnya
Gula kabung/gula somtam
Kicap masin

Cara-caranya;
  1. Panaskan minyak dalam periuk besar/dalam.
  2. Masukkan bawang merah, putih, halia- tumis hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kasar cengkih, lawang, pelaga dan kulit kayu manis. Tumis lagi.
  4. Masukkan tulang. Tumis hingga warna tulang sedikit brown dan semua airnya kering.
  5. Masukkan air secukupnya- saya guna dalam 1 1/2 jug besar air.
  6. Masukkan semua bahan daripada perut lembu hingga pokok ketumbar. Masak hingga menggelegak dan daging pada tulang lembut.
  7. Masukkan perisanya iaitu sos ikan, gula dan kicap.
  8. Dah sedap rasanya boleh tutup api dan sejukkan.
  9. Tapiskan supnya masuk dalam periuk lain.
  10. Keluarkan tulang, perut dan fishball.
  11. Panaskan semula sup sebelum menghidang.


 Bahan mee/kueh tiew/mihun;
  1. Kueh tiew dibasuh bersih dan ditoskan.
  2. Mee kuning dibasuh bersih dan ditoskan.
  3. Mihun dicelur sebentar dan dibilas serta ditoskan kering.
Bahan hiasannya;

Taugeh- dibersihkan
Daun ketumbar- dipotong kasar
Kacang tanah digoreng tanpa minyak- ditumbuk kasar (saya tak letakpun)
Chili flakes secukupnya
Asam limau nipis dipotong

Cili kicap;
5-6 biji cili padi
Sedikit cuka
Sedikit kicap manis
  1. Campur semua bahan. Gunakan sebagai sos untuk mee celup.

Cara menghidang;

  1. Panaskan sup.
  2. Masukkan mee dalam mangkuk.
  3. Masukkan daging/perut dan fishball serta taugeh.
  4. Masukkan kuah sup ke dalam mangkuk.
  5. Hias dengan daun ketumbar, kacang tanah, cili flakes dan  asam limau nipis.
  6. Masukkan sos cili kicap untuk lebih kawww!!!
Selamat menikmatinya..sluuurrppp  hehehehe, berpeluh2 nanti..tak caya, cubalahhh.

42 comments:

  1. Ada tak diletak kacang tanah dalam kuah tu? Rasa yang saya makan tu mcm ada kacang..tapi tak pasti..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Sai...kacang tanah yang disangrai dan tumbuk halus...tapi kwan tak buat ..hehehe

      Delete
    2. Hello admin. I dh try your recepi. Mmg sedap and menjadi. Anak2 mmg suke, smua kata sedap. Thx ya for sharing. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

      >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

      Delete
  2. kak wan byk tuh untuk brapa org mkn yer?...

    ReplyDelete
  3. byk tuh untuk brapa org mkn...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuahnya mmg banyak... tapi boleh makan berkali2. Kalau yang ini boleh makan dalam 7-8 orang dewasa...makan semangkuk mmg tak cukup hehehehe

      Delete
    2. Tq sis..i pn dh cuba..mmg sdp..semangkuk mmg x cukup daa..heheee

      Delete
  4. Wow..Sedapnyer..sy pun sker sgt mee celup.. nk buatlah..tq akak sbb share resepi

    ReplyDelete
  5. Wow..Sedapnyer..sy pun sker sgt mee celup.. nk buatlah..tq akak sbb share resepi

    ReplyDelete
  6. Byk mana nk letak kicap masin, gula kabung n sos ikan..

    ReplyDelete
  7. kak za apa bahan rahsia yg menjadikannya berbeza ngan sup biasa kak? sos ikan n gula kabung tu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...sos ikan, gula kabung, daun ketumbar, dan bahan2 spt kicap masin serta lobak putih dlm supnya. Sup biasa kza guna guna rempah sup sahaja serta daun sup...kdg2 tambah serai kalau nak rasa mcm sup thai...

      Delete
    2. Salam kak.rasa sup ni mesti lebih sedap dari sup biasa tu kan hehe.salam kenal dari saya Hana Sabah.

      Delete
    3. Salam kenal juga Hana..betul tu..rasanya lebih segar dan sedap dihirup macam tu saja

      Delete
  8. As salam..mohon halalkan yer..trima kasih..

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan..wah mcm sdp je mee celup! serius xpernah rasa lagi..so blehla try buat nnti..tq sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga Puan Azah...in sha Allah, memang sedap..berbaloi membuatnya :)

      Delete
  10. Salam kenal...
    wah seronoknye jumpa resepi mi celup...
    sy pun suka sgt kuay teaw celup...^_^..
    Teringat pulak mengidam masa anak 1st tak dpt makan kedai tutup tukang masak balik kg ..sedehh
    saya salin resepinye ye cik wan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga mama iman...lps ni tak perlu sedih2 lagi ye..boleh buat sendiri, selamat mencuba, in sha Allah sedap :-)

      Delete
  11. Xpnh mkn mee celop. Ada di kelantan je ye? Apabeza ngn mee sup ye? Nmpak bahsn mcm same.

    ReplyDelete
  12. thanks for the recipe kak... nk masak untuk tetamu raya ke3. hihi

    ReplyDelete
  13. Sedapnye nampak. Tambah2 bila duk jauh dari kelantan, lagi teringin n teringat. Y sedap nye kalau mkn dgn mi segera. Mmg tip top. Tq share resepi.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih sdi share.. Hb owg kelantan mest kne try nie.. Urmmmm teringin lak nk mkn.. :-)

    ReplyDelete
  15. Assalam kak.. izin guna resepinya ye. Sbb sy peminat tegar bihun celup hhihi. Tq kak share resepi ni :')

    ReplyDelete
  16. Izin guna resepinya ye..tq sis

    ReplyDelete
  17. Izin pakai resepi ye..tq sis

    ReplyDelete
  18. Share ye kak..tak sabar nak buat..

    ReplyDelete
  19. Mcm ada bnda yg sgt penting je tertggal dlm resepi tu..😅

    ReplyDelete
  20. Mcm ada bnda yg sgt penting je tertggal dlm resepi tu..😅

    ReplyDelete
  21. Sya dh cuba..mmg sdp sgt..ank2 mkn x cukup semangkuk..tq atas perkongsian

    ReplyDelete
  22. Salam. Terberkenan dengan ayat bila ditanya cara masak, selalu org akan kata ala campak campak aje. Pastu kalo bagi resepi, tak pernah lengkap.. sedih kan

    ReplyDelete
  23. Aslm. Dh lama cr resepi yg btl2 rasanya mcm dkt kedai. Suka sgt mkn ni. Tiap kali p kltn nilah menu wajib cari. Tmksh share resepi. X sbr nk cuba!

    ReplyDelete
  24. Terima kasih cikgu Wan sudi share resepi ni... Saya asal Kelantan memang suka sangat makan mee celup ni tapi tak reti nak buat sendiri.. Loni dok kt nogori9 mengidam pulak nak makan..

    P/s:ada kedai yang biasa saya makan mee celup ni letak ikan bilis goreng & telur masak separuh..saya suka tambah cili hijau jeruk rasa sedap sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Betul, resepi original menggunakan ikan bilis goreng sebagai hiasan tambahan. Kalau dikedai2 di kelantan memang disediakan bersama dgn ikan bilis tu. Tapi x pernah cuba pulak letak telur masak separuh, menarik juga tu

      Delete
  25. Salam akak..nak tny mana nak dapatkn sos ikan tu?ada yg dah siap dijual di kedai ke? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. Ada dijual di kedai2 runcit biasa. Nama Thainya Nampla Sauce. Gambar sotong kat botol, bukan gambar ikan.

      Delete
  26. KakZu penggemar Mee Celup. KakZu mohon share resipi Wan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...