Ketupat penuh cerita.. |
Lama sungguh dok simpan gambar buat ketupat ni. Tak sempat-sempat nak upload, sebelum hilang atau lupa terus..hari ni masukkan semoga boleh menjadi panduan untuk siapa yang nak belajar buat ketupat palas. Saya pun sebenarnya tidak berapa pandai terutama sekali kalau buat 100% sendiri seperti yang saya buat ni. Hampir menangis bila mengenangkan pengalaman sedih buat ketupat ni , juga masa nak membungkusnya sorang-sorang.
Punya banyak plan nak dibuat untuk sambut Hari Raya Haji kali pertama di rumah baru..dan kali kedua di KL setelah 17 tahun kahwin....Akhirnya memang benar manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Gigi beraham bungsu saya buat hal hingga 3 injection dan pain killer tidak memadai. Saya hampir pengsan serta kaki tangan sejuk menggigil kerana sakit yang teramat. Subhanallah. Benarlah orang kata sakit yang paling sakit ialah sakit bersalin dan yang kedua sakit gigi hehehe.
Saya kukus pulut ni lebih kurang pukul 10 malam Isnin (ingat nak bungkus lepas balik sekolah tengah hari tu) ...tapi sebab tak tahan sakit hanya mampu bungkus pada 9 malam Selasa (Raya Haji)..bayangkan!! Saya gagahkan juga takut pulut basi dan lagipun takut tak ada apa yang boleh dimakan pagi raya tu. Menu nasi dagang entah ke mana sebab petang tu bila hubby pergi cari ikan tongkol dan ayam..seluruh kedai berdekatan dengan Saujana Impian hingga ke Kajang dah habis stok. Pukul 12 malam saya ajak dia ke Pasar Borong Selangor...pun dah habis stok dan hampir semua kedai tutup...huhuhuhu sadis!!!
Pagi raya tu saya menangis masa telefon Mek...yang geramnya depa yang di kampung semua dok gelakkan kita..huuuaaaa!!!!.
Jom, kita tengok bahan untuk buat ketupat ni.
Bahan-bahannya;
1 kg beras pulut, dibersihkan dan direndam sejam dua.
1/2 kg santan pekat (saya gantikan dengan 3 biji kelapa parut- ambil 1 gelas pati santan pekat dan 1 gelas santan cair)
1/2 kg gula
1 kepal garam buku di bahagi 4 (1/4)- saya guna garam mesin..jadi saya masukkan sikit2 dalam santan dan rasa.
Cara-caranya;
1. Sediakan daun palas terlebih dahulu. Basuh setiap pelepah dan gantung/jemur(zaman dulu kami tak basuhpun, tapi mak mertua saya sangat cermat..dia basuh satu persatu. Bila saya ke kedai tengok tempat jual daun palas tu..sayapun basuh jugak hehehe)
Daun palas perlu di buka..dan disimpul bentuk ketupat sebagai acuan untuk memudahkan membungkus nanti.
Siap untuk digunakan. Yang ini hasil pertolongan Alis dan Aifaa. |
Yang saya punya ni terlebih santan..ketupat saya jadi lembik sikit tapi....yummeh!! hehe |
Kukus semula.
Arung/kacau selepas kukus kali pertama. |
Keluarkan dan arung/kacau dengan santan pekat bersama-sama gula ketika masih panas-panas.
Sediakan air kapur. Celup jari dengan air kapur untuk elakkan pulut melekat dijari. Sumbat padat pulut sebelum dibungkus.(ni yang den lomah ni heheh)
Dalam sakit-sakit tu, sempat saya bungkus dalam 75 biji 40 biji saya masukkan inti serunding daging (tangkai ketupat saya potong panjang) dan 35 ketupat tanpa inti (tangkainya pendek).
6. Kukus ketupat selama 2 (dua) jam!!!. Barulah ketupat benar-benar masak dan sebati..pendek kata 3-4 hari tu tak akan basi lah..done!!.
Tangkai panjang ada serunding, tangkai pendek tiada...kecik besar ketupat ku..hahaha |
Lucu ada, kesian pun ada bila baca entri ni... saya lagilah kalau buat ketupat palas sorang2 memang tak jadik punya!
ReplyDeletehehehehe..tu la Amie ..pengalaman jadi guru yg terbaik....len kali nak buat ketupat kena buat gotong royong..hahaha
DeleteEgh egh egh!!!��
ReplyDeleteTerima kasih...
ReplyDeleteMinta kongsi...
Saya pun baru kali pertama buat.... Rasanya yg saya punya kurang segala2nya... Xlemak, xmanis dan xmasin...
Apa2pun saya berjaya juga membungkus dan merebusnya...
Sama-sama dan tahniah!!! bila cuba kali pertama..akan ada kali kedua dan seterusnya..in sya Allah makin expert nanti
DeleteAlhamdulillah TK PUAN baru buka resipi Ni.. Doakan Amin
ReplyDeletesama2. Try ya.
DeleteSaya rasa tangan ni dah tak boleh lagi nak mengarung. Apalagi nak membungkusnya. Sedih tak terkata.
ReplyDeletesama la dengan saya Datin..raya haji baru ni pun tak buat, dan bila nak tolong bungkus pun dah tak berapa pandai. Kalau nak buat sendiri kena minta tolong anak-anak nampak gayanya.
DeleteTeringin nk Cuba tp xde daun palas musim ni.nk buat n mkn cmtu je.hrp mnjadi.mohon guna resepi ye.tpi nk buat skit je x smpai sekilo
ReplyDeleteIn sya Allah..mudah2an jadi elok.
DeleteAssalamualaikum w.b.t.., mohon guna resepi utk rujukan, ingt thun ni nk try buat, first time.., hrp2 jd la, tq...
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Silakan. Insya Allah..menjadi elok
DeletePuan..santan caur guna banyak mana yer?
ReplyDeleteAllah, maaf saya tak sukat pulak. Cuma Puan masukkan santan tu sedikit2 dan kacau, pastikan semua pulut dah sebati dengan santan cair tu. Jangan banyak sangat nanti lagi lembik pulut tu
DeleteSaya nk try buat. Baru jumpa resepi ni. musim pkp ni tak blh blk kg. selalu mak yg buat. saya tolong balut je. harap2 menjadi. tp susah nk dpt daun palas. dh lps raya ni. teringin nk mkn utk posa 6 syawal ni.😂
ReplyDeleteTerima kasih puan krn share resepi😘
pengalaman buat ketupat d rumah sndiri..buat 1kg..ingatkan xbyk..buat 2 jenis..ktupat lemak n ktupat manis..sorang2 bungkus..dahla bru bberapa bln lps brsalin ceaser...demam trus esoknya..huarghh..hr ni nk try buat lg..hrp2 xdemam..bby dah stahun 2 bln..kiki
ReplyDeleteSis, camna ya basuh daun palas ni? Buka lipatan & basuh ya? Saya 1st nk buat sendiri tapi was was nak terus guna daun tanpa basuh
ReplyDeleteTak payah buka lipatan, buka satu2 pelepahnya dan basuh. itu shj.
DeleteAssalam..pandai nye buat ketupat sendiri...anda mmng hebat...nok tya..kalo beras pulut 1kg..untuk berapa butir ketupat ye
DeleteAssalam.satu kg pulut tu jdi berspa butir ketupat.
ReplyDelete.
.