Wednesday, 9 September 2015

Ikan Singgang Tradisional Kelantan


Assalamualaikum. Ini resepi ikan singgang paling mudah di dunia hahaha...apa tak mudahnya..ketuk2 campak2 jer ..dah siap. Macam2 versi ikan singgang ni..tapi yang ini versi Cikgu Wan. Setakat ni, siapa2 yang pernah makan kata ikan singgang ni sedap. Alhamdulillah. Perfect practice makes perfect hehehe betul dak? Jom, tengok bahannya.

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan tongkol- basuh dengan cuka dan siram bersih.
1 labu bawang putih-ketuk je dan buang kulit.
1 inci lengkuas
4-5 keping asam gelugor/asam keping bergantung pada saiz.
2 inci nise/gula melaka
Garam secukupnya.
Lada hijau solok secukupnya- boleh letak cili api juga
Bendir jika suka


*serai tidak dibubuh dalam singgang kelate
*tapi kunyit dan halia ada yang suka bubuh like  my mum always do..awet muda katanya hehe.


Cara-caranya:

  1. Masukkan ikan dan air secukupnya ke dalam periuk- biar tenggelam ikannya.
  2. Masukkan bawang putih, lengkuas, cili dan asam.
  3. Masukkan terus gula nise/gula melaka dan garam.
  4. Masak dengan api perlahan dalam 20 minit. Tambah air jika kuahnya berkurang.
  5. Bila hampir ditutup apinya, boleh masukkan bendir. Siap.

Makanlah dengan nasi panas bersama ulam dan budu ataupun sambal belacan. 
Beware!!!!! amaran keras kepada sesiapa yang sedang diet...anda dilarang masak singgang ni kerana sudah pasti anda akan bertambah2 nasi hehehehehe...

2 comments:

  1. Terbaik! Jange lupe kepingan Halia dan kunyit. Untuk lebih khasiat anti-oxidant dan rasa of course

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, arwah Mek suka masukkan hirisan halia dan kunyit dalam singgang beliau. Beliau akan kunyah semua hirisan tu. Tapi saya lebih suka yang tanpanya hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...