Hari ni Cik Wan nak share menu simple sahaja. Mungkin bagi kita simple tapi bagi kawan-kawan yang lain agak susah dan tidak berapa mahir. Kalau tak, takkan lah resepi Ikan Kembung Kicap Cik Wan sampai 68k carian. Semoga yang telah melihat dan belajar resepi itu diberi keberkatan dan dah boleh masak dengan baik. Resepi yang diberi boleh diolah, ditambah dikurang mana2 yang patut, sesuaikan dengan selera sendiri dan selera keluarga kita. Jom kita tengok resepi mudah ni.
Bahan-bahannya;
4 ekor ikan Selar (apa2 ikanpun boleh)- kelar halus dan letak garam kunyit. Goreng garing. Kalau tak suka garing, boleh goreng macam biasa. Angkat dari kuali.
5 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 atau lebih sudu besar serbuk cili - boleh guna cili kering mesin
Kicap secukupnya
Sedikit air asam jawa
1 labu bawang besar dimayang bulat
1/2 cawan air- boleh tambah jika inginkan lebih kuah.
Garam
Gula
Ajinomoto atau apa2 perisa jika suka.
Hiasan
Cili hijau besar
1 biji buah tomato dipotong ikut selera
Cara-caranya;
- Blend bawang putih, bawang kecil dan cili kering.
- Tumiskan dalam kuali yang digunakan untuk menggoreng ikan tadi (keluarkan sedikit minyak kalau banyak sangat)
- Tumis hingga wangi dan naik minyak. Masukkan air asam jawa.
- Masukkan bawang besar. Kacau hingga naik minyak.
- Masukkan kicap. Masukkan 1/2 cawan air.
- Rasakan kuahnya cukup masin, masam dan manis.
- Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Kacau kuahnya perlahan.
- Masukkan cili hijau dan buah tomato.
- Kacau sedikit dan tutup api. Siap.
Cik Wan masak ni dan makan dengan ulam dan budu. Ada lagi belen sayur lemak labu dengan pucuk manis. Alhamdulillah..ini menu lunch dan dinner kami. Selamat mencuba ya.
Sedapnya ikan masak kicap! Dapat kuah kicapnya gaul dengan nasi pun dah sedap.
ReplyDeleteTu la Amie..yg simple2 macam ni laku cepat, bertambah2 anak makan nasi hehehe
DeleteSedaappp
ReplyDelete