Assalamualaikum. Entry kedua pagi ini. Air Asam yang sangat sedap. Semalam Cik Wan masak Nasi daging untuk berbuka puasa. Tapi sebab dah lewat sangat siapnya, tak sempat nak ambil gambar. Entah kenapa semalam, pukul 6:00 petang baru masuk dapur hehehe. Mungkin sebab Cik Wan masak gunakan Noxxa, jadi masuk lewat sikitpun sempat siap masak.
Air asam ini sesuai dimakan bersama Nasi Daging, ikan bakar atau seafood bakar malahan juga dengan seafood rebus contohnya kerang rebus. Sedap sungguh makan lepas terawih. Jom tengok resepi dan cara membuatnya.
Bahan-bahannya;
4-5 biji cili padi
4-5 biji cili merah besar
2 sudu besar asam jawa dibancuh dengan 1/2 cawan air masak
Sedikit belacan dibakar dahulu(Kalau tak makan belacan boleh ganti dengan udang geragau/udang kering)
1 sudu garam
3 sudu gula
Sedikit ajinomoto kalau suka
-semua bahan diblend halus.
1 labu bawang besar-dimayang halus
1 biji tomato-dipotong nipis
-ramas2 bawang dengan tomato hingga hancur
Sedikit sahaja air limau nipis
3 sudu sos cili
Cara-cara;
- Masukkan bahan yang diblend dalam mangkuk.
- Masukkan buah tomato dan bawang besar yang telah diramas. Masukkan sos cili.
- Perahkan asam limau nipis. Kacau, kalau pekat sangat boleh tambah air masak lagi.
- Perisakan supaya ada rasa masin, manis dan masam. (Lebihkan rasa manis berbanding masin)
- Siap.
Happy cooking :)
No comments:
Post a Comment