Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Thursday 23 April 2020
Ketupat Sotong Kelantan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Ramadhan Kareem. Selamat berpuasa dan semoga puasa tahun ini bukan yang terakhir untuk kita semua. Doakan juga semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik daripada Ramadhan sebelum ini. Amiin.
Menu Ketupat Sotong Kelantan yang lemak manis memang kegemaran keluarga Cik Wan kecuali Zikry. Jadi kalau nak masak, kena masak banyak-banyak, baru puas hati. Semalam Cik Wan masak 2 kilo sotong saiz kecik dan sedang. Jenuh juga nak siapkan mengisi pulut dalam sotong tu.
Ada yang bertanya, tak hanyir ke masak sotong sebagai dessert?
Kenapa sotong saya jadi keras?
Kenapa pulut terkeluar semasa direbus?
Untuk makluman, ketupat sotong ni langsung tidak hanyir ya. Memang kalau tidak biasa, kita akan cuak dan rasa geli. Tapi kalau lihat resepi2 antarabangsa, macam2 lauk dah dijadikan dessert..hehehe tak peliklah sotong jadi ketupat lemak manis. Ini memang masakan tradisional dan kebanggaan negeri Kelantan. Selamat mencuba ya.
Masak sotong ada tekniknya. Masak sekejap sahaja kalau nakkan sotong yang lembut. Masak lama menjadikan sotong keras. Tapi kalau lama sangat, seperti mana masak ketupat sotong ni (sejam lebih) sotong akan jadi lembut semula.
Pulut akan terkeluar semasa merebus jika pulut diisi terlalu penuh/banyak kerana pulut akan mengembang. Sebab itu ada orang akan kukus masak dulu baru sumbat dalam sotong. Tapi langkah yang penting masa menyumbat beras pulut ialah isi/sumbat 3/4 penuh. Supaya ada ruang untuk masukkan kepala sotong untuk disemat dan ada ruang untuk pulut mengembang.
Kalau sotong yang digunakan bukan sotong segar, kemungkinan untuk sotong pecah dan pulut terkeluar juga tinggi. Ketupat sotong juga tidak boleh dikacau selalu dan dikacau manja2 sahaja.
Resepi Ketupat Sotong ni dah ada secara step by step bergambar kat SINI ya. Selamat mencuba ya. Selamat berpuasa dan maaf zahir batin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment