Saturday 14 September 2013

Nasi Beriani Ayam (2)


Yang ni makanan petang Khamis lepas, dah tak ada idea nak masak apa untuk makan malam, tengok ada ayam dan beras basmathi..maka jadilah nasi beriani ayam yang sungguh gojes rasanya dan bertambah-tambah goges lagi  kerana mudah sangat cara nak memasaknya hehehe.

Daripada resepi asal kat SINI, saya permudahkan dengan cara blendkan semua bahan sekali gus kecuali bawang besar, cili padi dan yogurt.

Langkah 1(Sediakan ayam beriani)

Bahan-bahannya;
1/2 ekor ayam-nak lebih pun boleh
3 labu bawang besar-dimayang
5 biji cili kering*
1 sudu jintan manis*
1 biji buah pala*
5 biji badam*
3 biji buah keras*
1 kotak kecil kismis*
1 sudu kecil lada putih*

1  inci halia*
3 biji bawang putih.*


Rempah kasar:
4 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
l sudu lada hitam

1 cawan yogurt.
15 biji cili padi dibelah dua.
2 helai daun bay



Cara-caranya seperti di bawah;
  1. Blend semua bahan bertanda*
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar serta rempah kasar hingga wangi.
  3. Masukkan bahan blend. Kacau hingga naik minyak. (kalau perlu, masukkan sedikit air)
  4. Masukkan ayam, daun bay dan cili hiris, masukkan garam.
  5. Masukkan yogurt.*kalau tak ada yogurt, boleh digantikan dengan tiga sudu susu tepung dicampur dengan 2 sudu butter cair dan setengah sudu gula.
  6. Kacau hingga ayam masak.

Langkah 2 (sediakan nasinya)

3 pot beras (direndam sekurang-kurangnya 30 minit)
Garam

  1. Panaskan air
  2. Masukkan garam. Bila menggelegak masukkan beras.
  3. Masak hingga beras 3/4 masak.
  4. Angkat dan toskan.
Cara menyediakannya;

Gunakan rice cooker.
Masukkan lapisan ayam.
Masukkan daun pudina dan daun ketumbar.

Masukkan beras yang di toskan tadi.
Buat hingga habis.
Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam.
Tutup kemas dan masak macam biasa.
Kalau suis kembali pada warm, kena tukar kepada cook hinggalah nasi masak. Kaup balik nasi dengan senduk kayu untuk pastikan masak sekata.
(kalau perlu boleh siramkan 1/2 cawan air- terutama bila nasi tak masak kerana tidak direbus 3/4 masak tadi)
Dah siap.
Makan dengan ni..

 Untuk lebih meriah dan sebab malas nak masak lagi, saya suruh hubby belikan papadom dan kuah kari ikan di kedai mamak di taman ni dalam perjalanan balik dari pejabat..hehehe tapi akhirnya tak ada orang makanpun kuah tu kerana memang tidak perlu lagi..sudah cukup nasi dengan salad sayur tu..mabelesss!!





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...