Hari Jumaat semalam, kawan sekerja saya membawa satu plastik besar pucuk ulam raja tuaian kebun sayur di keliling rumahnya. Apa lagi, memang rezekilah. Dah terbayang2 kerabu ulam raja yang sangat sedap..hahahah. Apa lagi, malam tu jugak saya buatkan kerabu ringkas ni. Terima kasih Maziyani..lain kali bawak lagi yer :-)
Bahan-bahannya ialah;
Untuk sayurnya.
Ulam raja secukupnya- basuh bersih dan toskan kering- hiris halus
Sebiji mangga muda sederhana saiznya-di sagat
6-7 ulas bawang merah kecil - mayang nipis
- boleh tambah bunga kantan dan daun kesum jika ada.
Untuk sambalnya
5-6 biji cili padi
1/2 sudu kecil belacan dibakar
Garam dan gula secukupnya (biasanya saya guna nisbah 1sk garam-2 sb gula)
1 mangkuk kelapa digoreng tanpa minyak
1/2 mangkuk udang kering digoreng sebentar tanpa minyak
1 biji limau nipis
Caranya;
- Siapkan sambalnya dulu.
- Tumbuk kelapa yang digoreng tadi hingga lumat tapi jangan sampai keluar minyak. Keluarkan.
- Tumbuk cilipadi, belacan, gula dan garam hingga lumat. Keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
- Tumbukkan udang kering. Masukkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan semua sayur yang telah dihiris halus ke dalam mangkuk yang berisi sambal tadi.
- Perahkan asam limau nipis.
- Gaulkan menggunakan tangan hingga mesra, sambil dirasa masin, masam dan manisnya, siap!!
Kecurrr air liur hehe |
No comments:
Post a Comment