Cik Wan tengah diet sekarang ni..heheehhe
Semoga istiqamah dalam menjaga kesihatan..Cik Wan sendiripun terkejut tengok jarum penimbang berpusing2 macam tak rela ditimbang hahahaha..berat sangat..adoi!!!
Ini resepi mudah yang Cik Wan masak..terpaksalah seisi rumah redha dan bagi sokongan..Cik Wan masak lauk macam biasa tapi kurangkan minyak dan santan..dan untuk Cik Wan sendiri kurangkan karbohidrat..semoga berjayalah usaha ini , in sha Allah. Cik Wan tambah juga dengan aktiviti bersenam. Cik Wan sebenarnya dah habiskan 10 sesi bersenam secara Aqualogix dan sekarang ni tambah lagi pakej 10 sesi..semoga kesihatan bertambah baik.
Untuk resepinya sila lihat di bawah ye..
Bahan-bahannya;
4 jambak/pokok Bak Choy- belah dua atau empat jangan dipotong. Bersihkan di celah2 pelepahnya dan bilas bersih.
4 biji cendawan shitake- potong nipis
Lobak merah secukupnya- potong ikut suka (Cik Wan guna 1/3 batang je)
1 mangkuk kecil udang
4 ulas bawang putih- dadu halus
4 sudu sos tiram
Kicap masin secukupnya.
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu tepung jagung, bancuh dengan 1 cawan air.
1/3 cawan air.
Cara-caranya:
- Masakkan air di dalam periuk untuk mencelur sayur.
- Masukkan sedikit minyak.
- Bila air mendidih, masukkan sayur bak choy..celur hingga layu..angkat dan toskan.
- Kemudian celur pula lobak merah...dah empuk angkat dan toskan.
- Panaskan kuali.
- Tumiskan bawan putih hingga layu. Masukkan udang. Kacau hingga udang melengkung rapat.
- Masukkan cendawan. Kacau.
- Masukkan 1/3 cawan air tadi.
- Masukkan sos tiram dan kicap.
- Masukkan minyak bijan. Kacau.
- Masukan air tepung jagung. Kacau hingga menggelegak. Jika kurang masin, boleh tambah garam. Jika terlalu pekat boleh tambahkan air.
- Susun sayur yang dicelur tadi di atas pinggan.
- Tuangkan kuah panas2 ke atas sayur.
- Siap.
No comments:
Post a Comment