Thursday 19 March 2015

Ayam Stew Yang Paling Mudah tapi Sedap Sesangat



Assalamualaikum. Apa khabar semua? Semoga kawan2 sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga ye.

Resepi Ayam Stew ni saya makan kali pertama pada tahun 2009..teringat2 sampai sekarang tambahan pula resepi ni sesuai untuk orang yang sedang berdiet. Resepi oleh rakan sekolah Mardiana Mahdfuz sangat mudah dibuat..orang yang tak pandai memasakpun boleh mencubanya. Terima kasih Mar di atas perkongsian ini. Semoga pahalanya berpanjangan..in sha Allah.

Bahan-bahannya;

1/2 ekor ayam- buang kulit dan potong kecil.
1 1/2 labu bawang besar Holland- tadi Cik Wan guna 1 labu besar dan 1 labu kecil.
1 sudu tepung gandum
1 batang karet
1 biji kentang yang besar
1 batang celeri
10 cawan air
Garam- tadi Cik Wan guna 3 sudu kecil/plastik kfc
Gula- tadi Cik Wan letak 1 sudu makan.
*garam gula boleh ikut rasa sendiri ye


Cara-caranya:
  1. Bersih dan toskan ayam.
  2. Dadu bawang besar.
  3. Panaskan minyak di dalam periuk besar.
  4. Masukkan bawang- tumis hingga hampir brown.
  5. Masukkan tepung gandum- kacau hingga tepung masak.
  6. Masukkan ayam- kacau sekejap.
  7. Masukkan air.
  8. Masukkan bersama kentang, karet dan celeri.
  9. Masukkan garam dan gula.
  10. Masak hingga kuahnya tinggal separuh- Cik Wan masak tadi hampir 1 jam dengan api perlahan.
  11. Selamat mencuba...

Gula

7 comments:

  1. assalamualaikum cikgu wan...TQ bnyk2 kerana cikgu sudi share resepi yg sedap 2 belaka .saya buat semuanya menjadi & sedap.saya doakan cikgu dilimpahi rezeki yg melimpah ruah,kesihatan yg baik , panjang umur dan diberkati....syg cikgu wan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam..Allahhh terharunya cikguwan baca..terima kasih Azlina.amiiin atas doa. Beri kekuatan untuk cikgu sharekan resepi2 ringkas..in sha Allah..

      Delete
  2. assalamualaikum...
    so ringkas... tegok pic teringin plak nk merasa... kena cuba try test ni.

    ReplyDelete
  3. Tetibe rase mengidam plak nak masak stew. Nak cube masak lah. Thanx tuk resepi~♥

    ReplyDelete
  4. Sy masak untuk sahur....memang sedap, dan masak pun ringkas dan cepat sekejap,jer siap

    ReplyDelete
  5. Sy masak untuk sahur....memang sedap, dan masak pun ringkas dan cepat sekejap,jer siap

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang buatnya kan dan sedap pulak tu..terima kasih kerana sudi mencuba. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...