Tuesday 8 September 2015

Jungle Trekking Air Terjun Hulu Perdik


Pertama kali dalam hidup Cik Wan..mendaki bukit walaupun sebenarnya Cik Wan sangat meminati aktiviti lasak seperti ini. Banyak dah program yang dianjurkan oleh pihak sekolah tetapi Cik Wan tak pernah berkesempatan..kadang2 waktu pregnant, kadang2 cuti ke tempat lain..jadi sentiasa terlepas!
Kali ini, selepas melakukan aktiviti explorace di Paya Indah Wetland, Dengkil pada 22 Ogos lepas, Cik Wan sertai pula aktiviti jungle trekking ke Air Terjun Hulu Perdik, Hulu Langat!!!

Perjalanan 2.5km ke air terjun dan mendaki bukit  menggunakan denai2 kecil laluan yang digunakan oleh pencari buluh dan rotan memang mencabar Cik Wan. Maklumlah dan berusia dan badanpun berisi hehehe. Semasa kami mendaki ada pelajar2 MRSM membuat aktiviti yang sama. Huhh budak2 tu senang jer mendaki..

Bagi Cik Wan, bagi orang yang biasa mendaki, jungle trekking ke Hulu Perdik ni boleh dikira senang, cuma jalannya sahaja yang agak sukar kerana jalan yang belum diterokai sepenuhnya lagi. Terpaksa melalui 3 anak sungai dan juga bahagian mendaki yang agak curam.

Cik Wan dan kawan2 (geng makcik2 :)) mengambil masa dalam 50 minit ke 1 jam untuk sampai ke Air Terjun. Wahhhhhh..... memang berbaloi2 peluh yang mencurah keluar..sampai je ke atas..terbentang pemandangan air terjun yang sangat cantik!!!





Sampai je kami ke air terjun...apa lagi! macam itik jumpa air la..kami cikgu2 perempuan mandi tak hingat dunia hehehe..hinggakan cikgu2 lelaki tak berani nak masuk dekat hahah..depa tengok dari jauh jer..malu agaknya hahahaha. Gambar kami mandi-manda tak dapat Cik Wan nak upload kat sini..sensored!!!! hahaha.

Hampir satu jam mandi, barulah kami turun ke bawah dan dihidangkan dengan nasi goreng serta ayam bbq. Ada cikgu2 perempuan yang tak ikut mendaki tetapi hanya berada di kawasan berkelah di kaki bukit. Merekalah yang memasak dan menyediakan hidangan tengah hari. Bila makan dalam keadaan letih dan gembira, semuanya jadi sedap dan menyelerakan..terima kasih kawan-kawan...

#kena gigit pacat
#ada yg nampak benda asing
#ada bau binatang liar

Untuk melihat gambar-gambar dan membaca dengan lebih menarik cerita ekspedisi kami  sila ke blog Cikgu Zaiham atau Leader ekspedisi kami di SINI. Terima kasih ZAiham..lenkali buat program lagi ye hehe

Next trip....Krabiiiii...in sya Allah..jumpa lagi kawan :)

4 comments:

  1. Cayalah kakwannnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. APa yang cayaaalah tu Ocah hehehehe..first time singgah blog kwan ye hehehe

      Delete
  2. Wow Kak wan punya gambarpun ok. Oh ramai juga perasan ada bau binatang ya. Saya yg kat depan memang kuat bau binatang tu. Sebab tu kena jln rapat2 takut dia keluar pulak hihi. Benda2 pelik takde lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kwan takde gambar air terjun yang cantik2 mcm Zaiham punya hehehe.
      Kak wan tak bau apa2..Encik Ridzuan yang bagitahu. Nasib baik kita tak apa2 kan?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...