Friday 11 September 2015

Kek Mentega yang gebus gebas..




Sudah lama Cik Wan tak buat kek..sejak Alis dan Aifaa tiada di rumah. Tapi Cik Wan buat juga sebab Mr A tak berapa boleh makan kudapan yang keras2 kerana giginya masih dalam rawatan. Bahan dah ada, apa lagi..Cik Wan sekodeng blog kegemaran iaitu Kak Azie dan wallaaa.... siap kek mentega yang mabeles ini. Terima kasih kak Azie.



Butter Cake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250g mentega - saya guna jenama Buttercup
250g tepung naik sendiri
180g gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

Cara cara:

1. Panaskan oven.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan  tepung.
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.


Selamat mencuba ye...

5 comments:

  1. assalamualaikum cikwan, wah nampk sedap lah kek tngok malam2 teringin lah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam kak Noor.. tu la, buat sebiji cepat jer habisnya sebab kat rumah ni mmg suka makan kek simple macam ni. Kurang muak dan paling best makan panas2.

      Delete
  2. salam singgah sini..nampak sedapnye kek mentega..nanti nk try buatla. sy share resepi ye :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah da terima ksih smlm da buat kek guna resepi ini
    mmg super dupa mudah ringkas tapi sedap dan gebusss
    maaf dah buat baru minta izin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...