Thursday 2 February 2017

Kuih Kato @ Katur


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga petang ini menjadi petang yang membahagiakan kita semua. Amiiin.

Cik Wan kongsikan resepi Kato keluarga Cik Wan. Cuma resepi ni menggunakan air daun pandan bukan air gambir sirih. Warna asal Kato ialah warna coklat gelap. Tapi susah betul nak cari gambir di tempat Cik Wan ni. Jadi Cik Wan hanya guna air daun pandan seperti yang pernah disarankan oleh arwah mek dulu.


Bahan-bahannya;

Bahan Tepung Kato

1 peket 500gm tepung pulut.
2 gelas air daun pandan- Cik Wan guna gelas plastik Ikea
1 sudu air kapur makan/sirih
Sedikit minyak masak

Daun pisang secukupnya untuk dijadikan alas dulang pengukus.

Cara membuatnya;

  1. Masukkan tepung ke dalam besen/mangkuk.
  2. Masukkan air daun pandan dan air kapur.
  3. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
  4. Sediakan pengukus.
  5. Alaskan dulang pengukus dengan daun pisang.
  6. Lumurkan minyak masak pada daun pisang.
  7. Letakkan tepung pulut yang diuli tadi. Tekan2 tepung tadi agak2 dalam dalam 3cm-4cm ketebalannya.
  8. Lumur minyak di seluruh permukaan tepung.
  9. Sedia untuk dikukus lebih kurang 15-20 minit.
  10. Angkat dan sejukkan.

Bahan Air Gula Melaka*

5 keping nise
1/2 cawan gula putih
2 helai daun pandan
1 gelas air.

  1. Masakkan semua hingga larut dan sedikit pekat.
  2. Tapi dan sejukkan.
*Yang ni Cik Wan agak2 ye. Lupa pula nak sukat. Jadikan panduan sahaja, boleh kurang/lebih ikut kesesuaian. Cik Wan memang buat maniiiss.

Bahan Kelapa Parut

2 biji kelapa parut putih

1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula


  1. Gaul semua bahan.
  2. Letak dalam mangkuk untuk memudahkan menggolek tepung kato selepas digunting.
  3. Penggunaan gula untuk menyedapkan kelapa serta mengelakkan cepat basi/masam.


Cara menghidangkannya;

  1. Gunting tepung kato ke dalam bekas kelapa parut.
  2. Gunting sikit-sikit dan golekkan dengan kelapa.
  3. Ambil tepung yang telah digolek kelapa dan letak atas pinggan hidang.
  4. Gunting semua hingga habis/setakat yang perlu.
  5. Hidangkan dalam mangkuk/piring kecil dan tuangkan air gula nise. 
  6. Siap!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...