Assalamualaikum dan selamat berpuasa. Sudah hari ke 11 Ramadhan hari ini. Semoga kita terus sihat dan dapat meningkatkan ibadah kita di bulan yang penuh rahmat dan keampunan ini.
Ini menu semalam, baru sempat update petang ini. Pagi tadi bertugas di sekolah. Resepi ini mudah sahaja. Jom tengok bahan-bahannya;
Bahan-bahannya;
15-20 ekor udang- siang dan bersihkan.
Perap dengan garam, kunyit dan serbuk kari.
5 ulas bawang putih- tumbuk
2 sudu mentega
Daun kari
Cara-caranya;
- Goreng udang hingga garing.
- Buang minyak gorengan ke dalam mangkuk lain. Tinggalkan udang dalam kuali.
- Masukkan bawang putih. Kacau rata.
- Masukkan mentega- kacau.
- Tabur daun kari.
- Angkat dan hidangkan.
Mudahkan? Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.
No comments:
Post a Comment