Wednesday, 13 December 2017

Nasi Goreng Kunyit sama Ikan Goreng


Assalamualaikum dan selamat pagi.  Pagi ni Cik Wan masak nasi goreng sahaja. Permintaan anak-anak untuk nasi goreng kunyit dengan ikan goreng, tak puas sebab mamanya buat semangkuk sahaja Ahad lepas. Arwah Mok dulu suka goreng nasi seperti ini bila ada lebihan ikan goreng semalam. Kadang-kadang dengan kunyit/lebihan minyak menggoreng ikan atau dengan cili kering tumbuk. Nikmatnya memang sukar digambarkan hehehe.

Semalam balik dari bertugas di sekolah, Cik Wan singgah beli ikan selar 6 ekor, gemuk besar macam tuan yang beli hahaha. Cik Wan tumbuk kunyit segar, bawang putih dan halia bersama garam untuk diperap dengan ikan selar tadi. 3 ekor Cik Wan goreng untuk dinner, 3 ekor lagi Cik Wan goreng tadi. Jadi bukanlah ikan ni lebih makan tapi memang sengaja dilebihkan hahaha.

Bahan-bahan untuk nasi goreng ni seperti dalam gambar di bawah.


Kalau nak lebih sedap, boleh tambahkan lagi cili api tu..bagi berasap hehehe. Cik Wan tak boleh nak pedas2 sangat sebab Ziky dan Zahirah tak tahan pedas.

Masaklah macam memasak nasi goreng  biasa ya. 

Tips memasak nasi goreng Cik Wan;
  1. Tidak menggunakan air semasa menumis- maksudnya semua bawang dan cili ditumbuk.
  2. Jika menggunakan bahan mesin- pastikan bahan tumisan kering air sepenuhnya sebelum dimasukkan nasi.
  3. Gula hendaklah diletak sejurus sebelum api ditutup. Bagi menghasilkan nasi goreng yang berkilat cantik.
  4. Jika nasi goreng tidak dimakan terus selepas masak/disimpan dahulu- masukkan sayur semasa menumis dan bukan selepas dimasukkan nasi untuk memastikan air dalam sayur sudah keluar sepenuhnya- mengelakkan nasi goreng basah/cepat basi.



Selamat mencuba ya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...