Sunday, 27 January 2013

Bawal Goreng Cili Thai

Ini menu malam tadi, khas untuk anak dara dua orang tu..yang kecik makan ikan goreng dengan kicap je. Mama masih kenyang makan kenduri tengah hari dan abahnya pulak ada orang belanja makan malam. Lauk ni nampak je pedas tapi pedas masam manis gitu..budak-budak sukalah masak cenggini.

Bahan-bahannya;

2 ekor ikan bawal sederhana besar. Disiang dan diperapkan dengan garam dan lada sulah.

2 labu bawang merah yang sederhana besar.
4 biji cili kering- dua bahan ini dimesin halus.

Sedikit hirisan nanas - boleh guna nanas dalam tin, saya ada yang segar saja.
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
3 sudu sos cili Thai
Garam dan gula secukup rasa.

Bahan hiasan;
Bawang besar potong
Cili benggala hijau dan merah potong- takde pun tak apa, boleh ganti ngan cili biasa..kebetulan pulak ada balance lagi lepas goreng brokoli hari tu.
Buah tomato potong-tak ada pun tak apa.

Cara-cara;
1. Goreng ikan. Siap ketepikan.
2. Guna minyak lepas goreng ikan tadi untuk tumis bahan mesin.
3. Masukkan terus sedikit garam dan gula. Tumis hingga garing/naik minyak.
4. Masukkan semua sos tiram, sos cili dan cili Thai beserta hirisan nanas.
5. Tumis hingga naik minyak.
6. Masukkan air untuk sebanyak mana kuah yang anda suka.
6. Kacau hingga mengggelegak.
7. Masukkan sayur potong tadi. Rasakan masin manis dan masamnya.
8. Kalau dah sedap, masukkan ikan bawal. Siap.

Yang ni pulak saya gunakan ikan kembung. Hari ini pulak ada 2 jemputan kenduri kahwin tapi saya tak bawak anak-anak seperti semalam. Budak-budak tu minta saya masakkan ikan sambal macam semalam tapi disebabkan bawal dah habis saya gantikan dengan ikan kembung besar makan bertemankan sotong rebus serai sebagai kuah.

Wahhh, dah lambat..nak pi kenduri ni..bye..bye...



No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...