Sunday, 13 October 2013

Ayam Panggang Ringkas

Sudah lama mengidam nak masak ayam panggang Rosemary seperti dalam blog Amie's Little Kitchen. Si Alis pun asyik dok tanya bila..bila nak buat. Saya kata tunggulah bila Aifaa balik cuti nanti. Akhirnya malam ni impian hampir terlaksana bila Aifaa balik cuti sempena Aidil Adha Selasa nanti. Semangat betul mamanya nak memasak hehehe.

Tapi...jeng..jeng..impian tetap tinggal impian sebab bila tiba saat nak memasak, semua bahan cukup melainkan ROSEMARYnya..aduuuuiiiiii!!!! Ingatkan dah ada dalam stok rupa-rupanya yilekkk :-(.

 Namun begitu misi tetap diteruskan dengan mengolah resepi asal Kak Amie ni dengan bahan-bahan yang ada di dapur sahaja. Masih menggunakan teknik yang sama, alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan. Maaf ye Kak Amie, pandai-pandai jer saya mengubah resepi ni hehehe.

Bahan-bahannya;

1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun Rosemary (saya ganti dengan 1 sudu besar mix herbs dan 1 sudu besar basil)
1 inci halia (saya ganti dengan 1 sudu besar serbuk halia)
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar (saya guna 1 sudu besar serbuk jintan manis)
2-3 sudu besar gula perang (saya ganti dengan 1/2 keping gula melaka)
2 sudu kecil garam
1 kiub ayam Knorr
2 sudu jus lemon (saya guna 1/2 biji jus lemon)
3 sudu besar minyak zaiton (saya guna minyak jagung)

5 biji kentang
2 biji tomato (saya tak letak)
6 biji baby karet (saya guna sebatang, dipotong kecil)
Sedikit mentega untuk sapu ayam

Cara-cara;

  1. Ayam dibersihkan, diperap cuka, dibilas dan ditoskan. (Cuka untuk membersih dan melembutkan lagi daging ayam).
  2. Bawang putih dimayang dan digoreng hingga kekuningan. Toskan.
  3. Tumbuk semua bahan rempah termasuk bawang putih yang telah digoreng.
  4. Masukkan minyak lebihan menggoreng berserta jus lemon. Jadi seperti gambar di bawah ini.
 
5. Gaul rata  rempah tadi ke atas ayam. Masukkan ayam dalam peti sejuk. Perap beberapa jam (saya perap satu jam sahaja)
6. Bersihkan kentang dan karet. Rebus dengan sedikit garam supaya 3/4 masak. Toskan dan lumur dengan rempah lebihan ayam tadi.
7. Masukkan ayam ke dalam dulang pembakar bersama kentang dan karet. Sapukan mentega ke atas ayam dan kentang.
8. Bakar selama 1-1 jam 30 minit dalam oven 170-180 darjah celcius.
9. Air yang keluar semasa proses pembakaran disiramkan sekali-sekala ke atas ayam .







Saya hidangkan ayam panggang ni dengan coleslaw dan sos black pepper, resepinya boleh ambil kat SINI. Sos ayam yang terhasil dalam bekas pembakar sangat sedap sekali. Zahirah yang tidak sukakan sos black pepper hanya gunakan sos ayam sahaja..mabeles sekali. Hidangan seekor ayam habis dinikmati oleh kami lima beranak kerana abahnya ada temu janji di luar.





p/s: Ayam Panggang Rosemary akan tetap dibuat nanti..hehehe

    2 comments:

    1. Fresh rosemary ada jual di Jusco

      ReplyDelete
      Replies
      1. den malas nak keluar walau tesco tu sebelah rumah jer hahahaha

        Delete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...