Alhamdulillah, dapat juga saya mengepos menu baru selepas hampir dua minggu terhenti hehehe..maafkan saya.
Puding roti ini mudah saja cara pembuatannya. Macam-macam resepi ada.Dulu-dulu saya suka kukus dulu pudingnya baru dibakar dalam oven..ntah kat mana saya belajarpun tak tahu. Tapi dah lama betul saya tak buat sebab anak-anak tak berapa suka. Sejak dah besar ni baru mereka mula sukakan menu ini..bolehlah mamanya asah balik skill buat puding roti ni..hehe.
Kali ni saya buat trial and error sahaja..alhamdulillah menjadi jugak. Kita tengok bahan-bahannya yer
Bahan-bahan utamanya:Roti- kalau boleh guna stale bread, kalau tak ada, yang baru pun boleh.
Mentega/planta
Kismis
Badam hiris yang telah dibakar garing
Sapu roti dengan planta, potong kecil, sedia untuk digunakan.
Bahan-bahan pudingnya;
200 ml susu segar
4 biji telor
1 cawan gula-boleh kurangkan jika suka kurang manis
2 sudu teh vanilla
- blend semua bahan hingga gula hancur, sedia untuk digunakan.
Cara membuatnya;
- Susun roti dalam lapisan.
- Setiap lapisan ditabur dengan kismis dan badam.
- Buat sampai habis.
- Lapisan paling atas ditabur dengan kismis dan badam yang selebihnya.
- Tuang sos yang diblend tadi. Biarkan sebentar sebelum dibakar.
- Guna kaedah water bath untuk bakar puding.
- Bakar lebih kurang 1 jam dengan susu 170-180 celcius.
- Dah masak boleh sejukkan dalam peti sejuk.
2 cawan susu cair
2 cawan air
1 sudu kastad
1/2 cawan gula
Sedikit garam.
1 biji kuning telor
2 sudu esen vanilla.
- Campurkan semua bahan dalam blender kecuali vanilla.
- Blend hingga sebati.
- Tapiskan ke dalam periuk.
- Masukkan esen vanilla.
- Kacau hingga menggelegak. Siap.
- Sejukkan dalam peti sejuk.
- Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment