Thursday, 8 November 2012

Kek Carrot

Dah lama simpan resepi ni tapi hanya tahun ni buat, tu pun bila tengok banyak sangat karet lebih bubur Zikry dalam peti ais. Alhamdulilah, menjadi pula resepi ni. Senang dan ringkas dan yang penting keluarga dan kawan-kawan kat sekolah kata sedap. So geng, sapa yang nak resepi kek yang saya selalu bawak kat sekolah tu, silakanlah ye..selamat mencuba.

Bahan-bahannya

2 cawan tepung naik sendiri
2 cawan gula halus/caster
4 biji telor
1 1/4 cawan minyak conola/sunflower/sayur
1 cawan kacang walnut/badam dipanggang dahulu-saya guna badam kali ni
1 sudu kecil garam
4 cawan karet parut
1 biji kulit buah oren parut (zest)-saya guna 2 sudu besar sunquick
* saya tambah sedikit esen vanilla menggantikan serbuk kulit kayu manis-sorry, tak suka bau rempah

Cara-cara
1. Siapkan bekas untuk bakar, griskan dengan butter dan alaskan dengan kertas kek-
2. Pukul gula dengan minyak hingga kembang.
3. Perlahan-lahan masukkan 1/2 tepung (yang dicampur dengan garam) dan pukul lagi.
4. Masukkan lebihan tepung berselang-seli dengan telor sehingga habis.
5.Masukkan parutan karet, sunquick dan kacang, kacau dengan sudip.
6. Siap untuk dibakar dalam api 180c selama sehingga 45 hingga 50 minit.

Bahan-bahan cream cheese
250gm cream cheese (saya guna tartura cheese je)
30gm butter
1 sudu besar perahan lemon @ lime-cam biasa la, saya gunakan sunquick je
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
100gm gula ising
 
Pukul hingga kembang cream cheese dan butter. Masukkan gula dan semua bahan lain. Siap untuk disapukan atas kek yang sudah disejukkan.
 
Comot betul kek ni...sebab nak cepat, pagi-pagi buta sebelum ke sekolah, ada hati
nak berfrosting-frosting lagi..huhuhu
*
*
*
*
*
 
apa-apapun, kita tinggalkan satu slice untuk Cik Hubby sarapan...alamakkk..baju belum iron lagiiiiiii!!ciaooo :-)

Wednesday, 7 November 2012

Lasagna Cik Wan Kelate

Assalamualaikum.
Lama sungguh tak dapat nak update resepi walaupun selalu ambil gambar masakan sendiri. Sibuk bebenar hingga nak tulis resepipun tak sempat sementelah lagi sekarang ni sibuk menyiapkan fail-fail untuk serahan hujung tahun, marking final exam dan invigilate lagi...muuuaahhaaaaa, rasa guilty pulak kalau sibuk dok menaip resepi hahaha.

Tapi atas rasa tanggung jawab dan rasa bersalah yang kian meruncing hingga tak lalu makan..lebih-lebih la pulak hehehe, saya kirimkan resepi ringkas ini untuk tatapan semua pengunjung...

Lasagna Mudah dan Ringkas ala Cik Wan


Bahan-bahannya
A
2 tin Prego Mushroom (tin hijau)
2 labu bawang besar dadu
1 ulas bawang putih dadu
1 sudu serbuk cili
2 helai bayleaves
2 biji buah tomato didadu
1 sudu serbuk oregano
2 keping dada ayam cincang/dadu
Sedikit daun chinese parsley/italian parsley

B
2 biji telor
1 cawan susu segar
Sedikit garam dan lada sulah

1 kotak lasagna
Keju cheddar dan mozarella (kuantiti ikut suka..saya suka banyaakkkk)

Cara membuatnya

Bahan kuah A

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu bersama-sama dengan serbuk cili. Dah layu dan cili dah garing masukkan bayleave dan  isi ayam. Kacau hingga ayam kering airnya. Masukkan buah tomato dan kacau lagi hingga buah tomato hancur. Masukkan sos prego dan oregano serta daun parsley. Perasakan, jika suka boleh tambah gula dan garam. Siap.

Bahan B
Pukul telor dan susu segar menggunakan garfu. Masukkan lada sulah dan sedikit garam. (jika suka boleh masukkan keju sedikit). Siap.
*ada orang suka buat sos putih mat saleh tu..saya nak ringkas je..heheh

Lasagna direbus dahulu eldente : hati-hati masa merebus kerana kepingan lasagna akan melekat antara satu sama lain dan susah nak dibuka untuk dilapiskan nanti.
*ada orang tak rebuspun kepingan lasagna tu. Saya dah cuba dan tak suka kerana kepingan tu akan liat sikit.

Melapis
Siapkan mangkuk/ bekas untuk membakar. Griskan dengana minyak zaiton/butter.
Lapisan bawah sekali letakkan sos A kemudian susun kepingan lasagna.
Letakkan lagi sos A diikuti dengan sedikit sos B.
lakukan sehingga lapisan siap.
Lapisan atas sekali; sudahi dengan sos A diikuti sos B dan taburkan parutan keju serta hirisan daun parsley.

Bakar di atas api dengan kepanasan 180-200c hingga warna kejunya keperangan. Siap.


Walla....dah siap lasagna ore kelate...hehehehe. Selamat mencuba. Moga serasi dan sesuai dengan selera anda semua.

*resepi ni hampir sama dengan resepi Baked Macaroni sebelum ni :-)

Tuesday, 2 October 2012

Sambal Kelapa Nasi Kerabu

Ini resepi yang orang kelate tak payah tengok, hehehe...tapi orang kelate dan bukan kelate yang nak belajar...boleh aje ye..

Sambal Kelapa

Bahan-bahannya:
Sebiji kelapa parut disangai garing hingga warna coklat dan ditumbuk lumat (jangan sampai pecah minyak)
5-6 ekor isi ikan selayang/sardin atau kembung (paling baik dibakar kerana akan kurang hanyir berbanding dikukus atau direbus)
6 ulas bawang merah
10-15 biji lada hitam
3-4 batang serai (lihat saiz)
gula/gula melaka, garam.

Ikut arah jam: Kelapa goreng tumbuk, isi ikan tumbuk,bawang + gula melaka+ garam, serai dan lada hitam tumbuk.
Gaul semua bahan yang ditumbuk tadi dan tekan-tekan hingga mampat, sedia untuk dihidang.
Gaul rata semua bahan.
Dah siap untuk dimakan bersama-sama bahan-bahan lain.

Lagi best kalau ada ayam percik dan daging bakar serta bawang putih jeruk kan?...tak apalah..apa yang ada sahajalah petang ni..hehehe

Pho (Vietnamese Noodle)



Selain daripada Ayam Telor Masin, ini satu lagi resepi yang saya memandai reka selepas makan Pho yang sebenarnya di Vietnam. Dengan bantuan Google, saya ubah suai sedikit kerana cik abang tak berapa sihat. Jadi saya kurangkan penggunaan minyak dan tulang serta perut lembu. Sepatutnya mengikut resepi yang saya jumpa, semua bahan perlu ditumis dan kuah atau stoknya menggunakan rebusan tulang, perut dan daging lembu. Untuk kali ini saya hanya rebus semua bahan dan hanya gunakan daging lembu sahaja.

Untuk kuah;
1 labu bawang besar, belah dua
2 ulas bawang putih, diketuk
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu biji ketumbar
1 sudu jintan manis
Seinci halia, diketuk
Seinci lengkuas, diketuk
1 batang serai,diketuk
1/2 kg daging lembu
Sos ikan
Gula melaka/nise

Cara membuatnya;
Rebus semua bahan dalam periuk lebih kurang 2 jam, keluarkan daging. Tapiskan stok dan keluarkan semua bahan rebusan. Masukkan stok ke dalam periuk semula, panaskan dan sedia untuk digunakan.

Bahan-bahan sayur;
Daun selasih 
Daun ketumbar
Taugeh dibersihkan
Cili padi dipotong
Asam limau nipis
Semua sayur ni dihidang tanpa dipotong ye..
Bahan laksa/mee;
Sepatutnya menggunakan laksa beras atau laksa tepung tapi saya gunakan kueh tiew. Basuh bersih untuk hilangkan kesan minyak dan toskan.
Dah siap dahhh.....

Sebelum tu jangan lupa hiris nipis daging tadi ye...
Saya paling suka sayur mayurnya terutama sekali daun selasih dan saya rasa bahan utamanya ialah daun ini. Kalau tidak, rasanya hampir sama dengan mee celup yang banyak terdapat di restoran Thai tu. Ok, selamat mencuba !!!

Saturday, 1 September 2012

Apam Bakar Kelate

Sebenarnya pagi tadi nak goreng jemput-jemput pisang untuk sarapan, bila mengenangkan cik abe tengah teruk kolestrol sekarang saya ubah jadi apam bakar..tak tahulah rendah ke tidak kandungan kolestrolnya..tapi sekurang-kurangnya kuranglah minyaknya..hehehe

Ni resepi apam bakar versi saya...versi lain saya tak tahu..hihihi

Bahan-bahannya;

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 -2 keping gula melaka dicairkan (tadi guna air gula melaka lebih kueh lopes jiran bagi semalam je..hehehe..ekonomi)
Sedikit gula-kalau suka
Sedikit garam
1/2 peket yis mauripan
4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 sudu lada hitam ditumbuk
2 inci lengkuas ditumbuk dan dibancuh dengan sedikit air dan ditapis.
6 biji pisang emas masak dilenyek (zaman dulu kita guna pisang kapas..lagi sedap)
Sedikit air untuk membancuh

Cara-caranya;
Bancuh semua bahan diatas dengan air. Adunannya hampir sama pekat dengan bancuhan untuk buat penkek/lempeng. Perap dalam sejam dua. Bakar dan hidangkan dengan kelapa parut. Siap..



p/s; kalau nak sedap masukkan tapai sikit (tak kiralah tapai ubi ke tapai beras ke...tadi saya tak masukkan pun..sedap jugak..mungkin sebab pisang lenyek tu dah memang ada rasa masam manis kot)

Aduhhh...bila dah masak, anak-anak menjerit..mamaaaaaa...kami tak makan niiii....!!! ish..ish bebudak sekarang ni..mana nak appreciate masakan klasik kelate ni...hampeh...kenalah mamanya masakkan sarapan lain untuk depa...sabor je lah...
Semua sengih bila mama masak ni...
 



Friday, 31 August 2012

Kek Batik


Satu lagi resepi mudah, pindahkan dari FB sendiri tadi...senang sikit kengkawan nak tengok kan?

Bahan-bahannya:

1 cawan susu pekat
2 cawan milo
1 cawan butter
1 cawan nestum
1 sudu esen vanilla
1 sudu koko
3 biji telor
saya masukkan sedikit serbuk nescaffe untuk kelainan...hihi
1 bungkus biskut marie (patah 4)

Cara-cara memasak;

Satukan semua bahan kecuali nestum dan biskut marie.
Kacau atas api...bila dah sebati masukkan nestum. Agak-agak nestum dah masak, masukkan biskut marie...kacau hingga rata. Masukkan@ tuang dalam bekas.

Sebelum tu, alaskan bekas dengan plastik (cling plastic pun boleh).Masukkan adunan biskut hingga habis. Gunakan plastik lain, alas bahagian atas adunan. Gunakan kain untuk tekan-tekan adunan hingga padat dan rata. Sejukkan. Alas plastik ni akan menyenangkan masa nak menekan padat dan masa nak potong nanti....selamat mencuba yer..

Ikan Singgang

Alamak!!! ike singgang?...hahahaha...dah tak ada resepi lain ke nak post...hahaha...semua orang tahu masak resepi ni?..betul tak?

Tak apalah....ike singgang ni bagus untuk sesiapa yang tengah berdiet, tengah dalam pantang untuk turunkan kolestrol ataupun pantang sakit yang lain...cuma kalau pantang sebab luka tu..tak bolehlah guna ikan aye @ tongkol...gunalah ikan yang tidak berbisa atau beri mudarat. Saya pulak kalau tengah pantang diet memang tak boleh masak lauk ni...bukan apa, sedar tak sedar dah bertambah-tambah nasi pulak..apatah lagi kalau ada ulam-ulam..walamakkk..hancusss dietku..

Ikan yang selalu saya gunakan untuk singgang ialah ikan tongkol, ikan kembung, ikan tenggiri dan ikan merah..dan kadang-kadang ikan selar kuning...kalau kembung pula yang kecil-kecil cinoni tu...wahhh sedap betul kalau singgang. Resepi ni berbeza cara masak dan bahannya mengikut kebiasaan masing-masing tapi bahan asas ialah bawang putih, lengkuas dan asam keping. Kalau mek saya yang masak dia akan masukkan sedikit halia dan kunyit, tapi masa mula-mula kawin dulu saya buatkan ikan singgang versi ni hubby kurang sedikit sedangkan ikan singgang ni kegemaran dia.

Balik kampung mentua, suruh dia ajarkan cara masak yang dia biasa buat..hehehehe..dengan suka hati dia tunjukkan dan lepas tu..beresss...dah lulus...hahaha, even mekpun dah sukakan cara saya menyinggang ikan ni...tambahan lagi kalau kepala ikan tenggiri...waduuhhh..terangkat!! Banyak pula sembang..jomlah..ini resepinya..

Bahan-bahannya;

Seekor ikan tongkol (potong nipis, basuh dan rendamkan dalam air asam jawa/cuka sebentar, toskan)
10 ulas bawang putih- ketuk untuk pecahkan sahaja, nak hiris pun boleh
5 ulas bawang merah dihiris- kadang-kadang saya tak letakpun.
2 inci lengkuas, dihiris nipis.
3 biji cili besar/cili api/cili keringpun boleh
3 biji bendi- kalau suka
5-6 potongan nipis timun- kalau suka
3-4 keping asam keping/gelugor

untuk perasanya:
Sedikit garam (siapa yang suka boleh tambahkan dengan sedikit budu..jangan cakap..eeeeeee!!! belum cuba belum tahu ye..heheh)
Sedikit gula- paling best gunakan gula nise @ gula kabung @ gula melaka
Secubit ajinomoto-bagi sesiapa yang gunalah

Cara-caranya:

Masukkan ikan dalam periuk
Masukkan air untuk kuah secukupnya (Biasanya saya lebihkan air sebab nanti kuah akan kering sedikit bila direbus lama)
Masukkan semua bahan termasuk bahan perasa sekaligus kecuali bendi (kalau guna bendi, kena masukkan bila masa hampir diangkat)

Letakkan di atas api yang perlahan dan biarkan singgang masak dengan rasanya sudah mesra (masin, manis, masam) agak-agak dalam 20 minit adalah...jangan sampai kuah kering sudahlah ...hehehe
Siap!!

Singgang ni boleh dihidang bersama ulam-ulaman dan budu, ikan masin goreng dan nasi panas-panas.
Selamat mencuba bagi yang belum biasa dan yang dah biasa dan terrer tu..jom kita layan ikan singgang hari ni..byeee!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...