Saturday, 10 November 2012

Kuih Kator



Antara menu jualan Mek dari zaman dulu...nak tulis resepipun susah sebab kami pakai campak-campak je. Katur ohh katur best sangat makan time hujan-hujan ni.

Versi asal yang mek jual warna coklat gelap sebab dicampurkan dengan gambir sirih dan sedikit air bancuhan serbuk kopi. Tak ingat pulak ada jual gambir kat Tesco, biasalah Cik Wan akan kreatif di saat-sat memerlukan..hahahah jadilah katur hijau versi pandan. Rasa dan teksturnya sama sebab bau daun pandan, rasa kapur dan gula melaka tetap ada. Best gitu..

versi biasa di kelate, warna coklat

Bahan-bahannya:

2 mangkuk tepung beras pulut
Sedikit air kapur (dalam dua sudu kecil air kapur -bukan kapur tau)
Air daun pandan untuk menguli tepung .
Sedikit minyak
Beberapa helai daun pisang.

Cara-cara.

Uli tepung pulut dengan air kapur dan air daun pandan. Adunan mesti agak lembut atau lembik. Dah siap uli dan adunan tidak melekat di tangan, sapukan dengan minyak  masak di semua bahagian doh. Alaskan daun pisang di atas dulang/loyang kukus. Sapukan minyak atas loyang dan letakkan doh. Kukus sehingga masak (15-20 minit). Sejukkan.

Bahan kuah.

3-4 keping nise @ 1 ketul gula melaka
Sedikit gula
2 helai daun pandan
1 mangkuk air


Cara-cara
Satukan semua bahan dan masak sehingga kuah pekat. Sejukkan

Bahan kelapa.

1/2 biji kelapa parut putih.
Secubit garam.
Gaulkan rata. .

Cara menghidang

Potong isi katur dengan gunting kecil-kecil (saiz sebesar buah onde-onde atau sebesar ibu jari)
Terus masukkan potongan ke dalam kelapa parut. Guling-gulingkan tepung katur dalam kelapa sehingga bersalut semuanya.
Letakkan dalam pinggan dan curahkan kuah gula melaka tadi.
Siap......selamat mencuba.




5 comments:

  1. Apa beza air kapur dgn kapur makan (kapur sirih ) ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya air kapur yang saya maksudkan ialah kapur sireh yang dibancuh dengan air...(air kapur sireh)

      Delete
  2. Asslam..sis ni kueh kuba guling dh ke,yg d jual msa bln puasa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. ye ke? tok biasa dgr pulak nama tu. Mungkin lain daerah lain namanya kan. Kalau di Pasir Putih tak kira bulan puasa, bulan lain pun ada org jual

      Delete
  3. Sis ni kueh kuba guling dh ke yg org bt masa puasa tuh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...