Saturday, 25 May 2013

Gulai Ikan Talang Masin dengan Nanas

Yang ini gambar lama. Malam ni baru sempat upload. Masak gulai ikan talang masin. Masakan yang mudah sahaja tapi sungguh menyelerakan apatah lagi kalau dimakan keesokkan hari. Lagi ada umpphh. Jom kita tengok cara dan bahan-bahannya.

Bahan-bahannya;
Ikan Talang masin secukupnya
Buah nenas yang belum masak-dipotong ikut suka, saya suka hiris nipis.
Santan secukupnya- jangan lemak sangat.
3-4 ulas bawang merah
2-3 biji cili kering jika suka- boleh guna cili padi kalau nak pedas
1 inci kunyit hidup-boleh guna serbuk kunyit jika suka
1 inci lengkuas
Segenggam ikan bilis
Asam keping - hanya guna jika kuahnya masih belum masam walaupun telah dibubuh nenas.
Garam
Gula

Cara-caranya;
  1. Masukkan santan ke dalam periuk.
  2. Mesin lumat bawang, cili, kunyit, lengkuas dan ikan bilis.
  3. Masukkan dalam santan. Masak sambil dikacau dengan api perlahan.
  4. Masukkan nenas hiris. Kacau hingga menggelegak.
  5. Masukkan ikan talang. Kalau kurang masam boleh masukkan asam keping.
  6. Kacau hingga menggelegak sekali lagi dan rasakan masam, masin dan manisnya. 
  7. Siap.



4 comments:

  1. sedapnya gulai ikan masin... ni buat nak tambah nasi ni

    ReplyDelete
  2. Hari ni nak msk gulai nenas ikan talang masin utk makBonda buka puasa! Yeayy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..yeayyyy!! selamat memasak untuk MakBonda tercinta :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...