Thursday, 2 May 2013

Apam Beras Kelantan

Memang gebus sekali apam ni

Ini resepi  apam beras  yang saya belajar daripada isteri bapa saudara sebelah suami yang berniaga kuih muih di Kuala Balah, Jeli. . Sebenarnya dia agak keberatan nak menceritakan resepi ini pada orang lain hehehehe..., tapi entah macam mana pada saya dia ceritakan secara detail bahan dan langkahnya. 

Secara peribadi saya rasa antara cara paling mudah membuat amal jariah ialah dengan meninggalkan sesuatu yang dapat memberikan kebaikan kepada orang lain, contohnya resepi masakan yang boleh dihidangkan kepada ahli keluarga mahupun untuk tujuan perniagaan. 

Emak mertua saya menjual apam-apam beras ini di kampung dan selalunya jualannya akan habis seawal pagi lagi..alhamdulillah.Apam ini dimakan dengan kelapa parut atau kalau mak mertua saya, dibuatkan sekali kuahnya iaitu kuah laksa lemak tu..hehehe tapi tekak orang Pasir Putih macam saya tak berapa nak boleh terima hahaha. Jom kita tengok resepinya.

Sebelum membuat tapai ini kita perlukan tapai nasi- boleh guna tapai pulut juga

Bahan-bahannya; (untuk 1 cawan tapai)
Lebih kurang 2 cawan nasi sejuk.
1/4 biji ragi- tak habis ni.
Sedikit gula.

Cara-caranya:
  1. Nasi sejuk diramas lembut untuk meleraikan biji nasi.
  2. Ratakan nasi di dalam bekas yang leper (saya guna dulang)
  3. Panaskan ragi- saya letakkan ragi di atas periuk nasi yang sedang dimasak. (Letak tepi api dapurpun boleh)
  4. Hancurkan ragi.
  5. Masukkan ragi ke dalam penapis teh dan goyangkan di atas nasi tadi-sekadar satu lapisan nipis serbuk ragi ke atas nasi.
  6. Taburkan gula- sekadar satu lapisan gula yang nipis di atas nasi.
  7. Kaup balikkan nasi.
  8. Ulang proses 5 dan 6.
  9. Gaul rata nasi tadi dan masukkan dalam tupperware. Tutup kemas dan simpan di tempat yg kering.
  10. Boleh digunakan selepas 2 hari.
Bahan untuk apam;
1 cawan gula
2 cawan air
3 cawan tepung beras
1 cawan tapai nasi
1 sudu serbuk eno.
Kelapa parut-gaulkan dengan sedikit garam (boleh dikukus untuk tahan lebih lama)

Langkah membuatnya;
  1. Mesin semua bahan menggunakan blender hingga lumat kecuali eno.
  2. Perap 8 jam.
  3. 15 minit sebelum dikukus, masukkan eno. Kacau sebati.
  4. *acuan dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan bancuhan. Kukus.
  5. Bila apam dah merekah, kembang boleh diangkat.
  6. Hidang dengan kelapa parut putih.

23 comments:

  1. Assalamualaikum Cik Wan...
    Oh... perap 8 jam! Selalunya saya buat perap 1 jam je.. dan penggunaan tapai tu yang lebih sedap, wangi je apam beras tu. Tq for sharing dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam..yer, kalau ikut resepi asal 8 jam (mungkin sebab adunan dia banyak krn untuk jualan). Mak saudara tu perap dalam pukul 9 malam untuk kukus paginya. tapi yg dalam gambar ni saya perap dalam 6 jam je..memang sedap, gebus gebas gitu hehehehe
      btw, terima kasih Amie kerana sudi singgah kat blog yang tak seberapa ni :-)

      Delete
  2. Ya Allah...sedapnya bila apam yang dibaut ikut resepi zaman dulu kala...apam sekarang...rasa macam cupcake dah....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sangat setuju Hu, apam sekarang saya rasa terlalu gebu dan halus..org kata tak ada "body" macam apam dulu2..hehehe mungkin tekak kita tekak orang lama kot :-)

      Delete
  3. Terima kasih cikgu wan... tru nk wat resepi ni.... excited... mudah dan ringkas.... thank cikgu... nnt dah siap saya kongsikan gambar ye cikgu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..silakan dik, in sha Allah senang dan pasti menjadi..jangan lupa share kan gambar yer!!

      Delete
  4. As salam terima kasih byk bg resepi ni cuma nak tanya serbuk eno tu sebelum masuk dlm adunan kena bancuh dengan air dulu ka @ msk terus ja TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Terima kasih krn singgah di blog ni. Eno tu masukkan mcm tu saja tak payah bancuh dgn air.

      Delete
  5. asskm...nk tanya kalau tapai tu dah beberapa hari blh guna lg ke..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. T.kasih sy da lama mencari resepi apam tepung beras versi asal yg menggunakan tepai. Masa kecik2 suka sangat apam ni tp x sempat belajar dgn arwah mak. Dulu tepung beras dibuat dgn beras tumbuk. T.kasih kongsikan resepi ni.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. kali pertama baca guna resepi ...wa bleh cuba ni

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah.
    Pertama mencuba resepi, ternyata amat menjadi dan enak sekali.
    Apamnya setelah dikukus naik dan mekar.
    Paling menarik bila apam panas-panas dari kukusan dimakan bersama kelapa parut. Kuih tradisional ini tidak jemu saya membuat kuih ini untuk majlis tertentu seperti cukur rambut bayi, pertunangan, kenduri dan sebagainya di Singapura. Memang payah untuk sesiapa sahaja untuk mengetahui resepi tradisi ini. Terima kasih pada Puan yang empunya resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih kerana mencuba dan syukur kerana menjadi. Semoga pahala orang yang berkongsi resepi asal ni berpanjangan dan diberkati iaitu makcik saudara suami saya....aminn.

      Delete
  10. Baca resepi pun dah tau sedap sbb suka sgt apam ni...t.kasih sbb sudi share resepi...

    ReplyDelete
  11. Baca resepi pun dah tau sedap sbb suka sgt apam ni...t.kasih sbb sudi share resepi...

    ReplyDelete
  12. Tepung beras jnma apa sis?slpas msuk ino. .Perlu tambh x air lg. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenama apa2 pun boleh, cap gelang, cap gajah atau teratai. Tak perlu tambah air ya.

      Delete
  13. salam,terima kasih atas perkongsian resepi saya nak tnye kalau bahan2 mcm nie biasanya dapat berapa ye kuantiti apam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..lupa pulak jumlah nya..tapi lebih kurang yg dalam gambar tu dan ada lebih lagi tak masuk dlm gambar. Kalau untuk sekeluarga mmg banyak jugak la

      Delete
  14. Assalamualaikum kak serbuk eno macam mana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam. Eno ni serbuk minuman bergaram. (Fruit salt) ada macam2 perisa. Utk apam ni beli perisa regular (botol/sachet warna biru). Kat kedai runcit banyak dijual

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...