Bahan-bahannya;
10 keping roti Gardenia*
1 botol susu segar Ducth Lady 450 ml*
Rendam bersama bahan bertanda *
2 biji telor- buang tali pusatnya
400 gram gula -boleh tambah untuk lebih manis
3 botol air- guna botol susu Dutch Lady tadi (saya gunakan 4 botol, terlupa susu dah 1 botol, tu yang lembik)
2 peket agar2 serbuk
Sedikit esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas -saya guna van haouten
Sedikit pewarna kuning
Cara-caranya;
- Masukkan air dan serbuk agar-agar kedalam periuk. Panaskan,
- Bila dah menggelegak, masukkan gula, Masak hingga gula hancur.
- Semasa menunggu air menggelegak, blend lumat roti yang direndam susu bersama-sama telur.
- Masukkan ke dalam periuk yang sedang menggelegak tadi. Kacau rata.
- Masukkan esen vanilla.
- Tutup api.
- Tapiskan adunan ke dalam bekas lain- jika tidak mahu tapis pun tak apa.
- Bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian dimasukkan bancuhan koko dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning.
- Sediakan loyang/bekas yang sesuai- yang agak besar kerana kuantitinya banyak.
- Masukkan secara berselang-seli adunan puding tadi sehingga berbelang-belang marble.
- Sejukkan dalam peti sejuk.
- Siap untuk dinikmati.
Assalamualaikum kak wan.
ReplyDeleteWahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. . Blog masak2 ek.. best2.
Cikma nak tanya, telur 2 biji tu buang tali pusat hok mana se tali pusat tu. Huhuhu....
Tukang masak amatur katakan....
Wa'alaikummussalam Cik Ma, suke2 sbb Cik Ma singgah kat sini..terima kasih yer :-)
DeleteTali pusat atau urat warna putih tu ada terlekat pada kuning telur..nanti cer tengok yer.
Orang tua2 kata urat/tali tu kena buang untuk hilangkan hanyir telur. Kalau resepi lain mungkin boleh kurangkan hanyir guna daun pandan atau cengkih