Thursday 27 June 2013

Puding Roti Marble

Ini adalah resepi puding roti yang saya pakai campak-campak sahaja bahannya. Sedang memasak tu terpandang sebungkus roti yang dah keras dalam peti sejuk..daripada menyemak je dalam tu, memandailah saya merekacipta resepinya. Hasilnya agak lembik, mungkin terlebih air. Nasib baik saya sempat ingat sukatan yang digunakan, maka bolehlah dibuat adjustment nanti. Tapi rasanya memang sedappp..hehehe.

Bahan-bahannya;
10 keping roti Gardenia*
1 botol susu segar Ducth Lady 450 ml*
Rendam bersama bahan bertanda *
2 biji telor- buang tali pusatnya
400 gram gula -boleh tambah untuk lebih manis
3 botol air- guna botol susu Dutch Lady tadi (saya gunakan 4 botol, terlupa susu dah 1 botol, tu yang lembik)
2 peket agar2 serbuk
Sedikit esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas -saya guna van haouten
Sedikit pewarna kuning

Cara-caranya;
  1. Masukkan air dan serbuk agar-agar kedalam periuk. Panaskan,
  2. Bila dah menggelegak, masukkan gula, Masak hingga gula hancur.
  3. Semasa menunggu air menggelegak, blend lumat roti yang direndam susu bersama-sama telur.
  4. Masukkan ke dalam periuk yang sedang menggelegak tadi. Kacau rata.
  5. Masukkan esen vanilla.
  6. Tutup api. 
  7. Tapiskan adunan ke dalam bekas lain- jika tidak mahu tapis pun tak apa.
  8. Bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian dimasukkan bancuhan koko dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning.
  9. Sediakan loyang/bekas yang sesuai- yang agak besar kerana kuantitinya banyak.
  10. Masukkan secara berselang-seli adunan puding tadi sehingga berbelang-belang marble.
  11. Sejukkan dalam peti sejuk.
  12. Siap untuk dinikmati.


2 comments:

  1. Assalamualaikum kak wan.

    Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. . Blog masak2 ek.. best2.

    Cikma nak tanya, telur 2 biji tu buang tali pusat hok mana se tali pusat tu. Huhuhu....

    Tukang masak amatur katakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam Cik Ma, suke2 sbb Cik Ma singgah kat sini..terima kasih yer :-)
      Tali pusat atau urat warna putih tu ada terlekat pada kuning telur..nanti cer tengok yer.
      Orang tua2 kata urat/tali tu kena buang untuk hilangkan hanyir telur. Kalau resepi lain mungkin boleh kurangkan hanyir guna daun pandan atau cengkih

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...