Saturday, 27 July 2013

Asam Pedas Tenggiri


Asam pedas memang kegemaran saya dan Nur Alis tapi abahnya tak berapa suka. Tapi dah hari-hari berbuka ikut selera dia, hari ni ikut selera kami pula hehehe.Tapi saya gorengkan jugak Mee bodoh kegemarannya sejak dulu. Dia makan mee, kami makan nasi dengan asam pedas dan Sambal Tempe Goreng Petai degan Ikan Bilis..uuuhhhhh mabelesss!!!

Bahan-bahannya;

4 keping tenggiri-saya guna bahagian kepala dan 3 keping isi.
1 sudu halba
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedkit halia
Sedikit belacan
8-10 biji cili kering
1 mangkuk air asam jawa- saya guna asam jawa yang belum dibancuh, bukan yang segera.
Garam
Gula

Sayurnya;
Bendir
Terung
Lobak Asin
Tomato
 Daun kesum

Cara-caranya;

  1. Mesin bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering hingga lumat.
  2. Panaskan minyak dan masukkan dahulu halba. Goreng sekejap.
  3. Masukkan bahan mesin dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan air asam dan tambah kuah ikut kuantiti yang disukai.
  5. Masukkan garam dan gula.
  6. Masukkan terung, daun kesum  dan lobak asin dahulu.
  7. Bila dah menggelegak, masukkan ikan dan bendir serta tomato. Biar menggelegak sekali lagi.
  8. Siap.

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...