Bertuah sungguh saya kerana kedatangan adik ipar sekeluarga dari Kelantan untuk menghadiri kenduri sambil bercuti kali ni siap dengan membawa inti kacang merah serta tepung pulut. Biras saya Siti Maryam dapat tahu saya ingin belajar membuat kuih bom kegemaran saya dan suami. Dia memang expert dalam masakan kuih-kuih Kelantan..aduhai...ibarat guru mencari murid, saya sangat bertuah dapat belajar secara hands on dengan Maryam.
Disebabkan inti sudah dibuat di kampung, saya tanyakan sahaja bahan dan sukatannya seperti di bawah ini.
1 kg kacang merah (jenis biji kecil sahaja, tak perlu yang besar)
1 kg gula (jika gunakan gula melaka, kurangkan sedikit gula putihnya)
2 sudu kecil garam
Cara-caranya;
- Bersihkan kacang dan masukkan ke dalam kuali. (untuk kacang jenis ini tak perlu direndam dahulu)
- Masukkan air sehingga tenggelam kacangnya.
- Rebus sebentar sehingga empuk.
- Masukkan gula dan garam.
- Rebus lagi sambil dikacau jangan biarkan bawah kuali hangit.
- Kacau hingga kacang pekat dan sejukkan.
Bahan untuk kulit kuih bom;
1 kg tepung pulut
2 sudu kecil garam
1 liter air sejuk (masukkan sedikit-sedikit)
*boleh masukkan segenggam tepung gandum untuk sepeket 500gm tepung pulut jika suka.(2 genggam utk sukatan 1kg ini)
Saya mahu buat yang original....tanpa campuran tepung lain.
1 mangkuk besar bijan
Uli doh seperti adunan onde2 |
Siapkan inti dulu, bentuk bulat2 seperti ni |
Masukkan inti seperti ondeh2..dan golekkan dalam mangkuk bijan..tekan bijan supaya melekat kemas. PERAP SEKURANG-KURANGNYA 6 JAM SUPAYA TIDAK MELETOP semasa digoreng!! |
Taddaaaaa!!! |
Wah Cik Wan!!
ReplyDeleteSedapnya! Teringin nak makan kuih bom inti kacang hijau like my old days. Susah sekarang nak cari coz kebanyakkannya inti kelapa or kacang merah. Kena buat sendiri lah jawabnya kan?
hehehe..nampak gayanya mmg kena buat sendiri baru puas hati, Cik Wan pun first time buat ni..nikmaaattt :-)
Delete