Saturday, 14 June 2014

Bubur Kacang


Bubur kacang saya ni agak berbeza dengan bubur kacang biasa. Bezanya ialah kacangnya di sangrai dahulu sebelum direbus. Hasilnya bubur ini menghasilkan bau yang sedikit wangi berbanding dengan bubur biasa. Kalau sudi, sila lah kawan-kawan cuba. Boleh guna resepi biasa cuma kacangnya sahaja disangrai.
Goreng sedikit hingga ada tanda2 kehitaman...baru direbus. Proses rebus juga makin cepat berbanding yang tidak digoreng/sangrai.
 Bahan-bahannya;

1 peket kacang hijau (dalam 1 mangkuk besar)-dibasuh bersih, sangrai dan kemudian direbus empuk.
1 1/2 biji kelapa di ambil santan
2 sudu sagu
1 1/2 keping gula melaka (yang besar)
1 senduk gula
1 susu kecil garam
2 helai daun pandan

Cara-caranya;
  1. Apabila air rebusan kacang hampir kering, masukkan sagu yang telah dibasuh terlebih dahulu.  Rebus lagi hingga kacang betul2 empuk dan sagu 3/4 masak. (Masih ada warna putih)
  2. Apabila air rebusan kering masukkan santan, garam dan daun pandan.
  3. Sambil itu, masukkan gula melaka dan gula putih.
  4. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana tanpa henti hingga menggelegak.
  5. Tutup api dan kacau perlahan jangan sampai santannya bergentel. Siap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...