Wednesday, 18 June 2014

Sambal Sotong

Buka sekolah Isnin lepas Kak Hasni kawan sekolah membawakan saya ikan bilis dan sayap sotong kering dari Pulau Pangkor. Memang saya biasa menempah ikan bilis dan sotong kering daripada beliau setiap kali dia balik kampung. Kali ini katanya sotong kering tidak berapa elok jadi dia belikan saya sayap sotong kering. Rupa-rupanya rasanya sangat sedap  dan bagi saya setanding dengan sotong kering yang biasa saya beli.
Kali ini saya buat sambal yang paling ringkas tapi sangat menyelerakan..selamat mencuba!
Rupa sayap sotong yang belum direndam air.
Bahan-bahan sambal;
20 biji cili kering- saya rendam tanpa potong dab buang bijinya hingga lembut.
3 labu bawang besar- saya gunakan yang sederhana besar
1 labu bawang besar dimayang kasar- saya gunakan yang sederhana besar juga
1/2 sudu asam jawa - bancuh dengan air secukupnya
2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula

Cara-caranya;
  1. Rendam sotong sebentar- hingga sedikit lembut.
  2. Mesin cili dan bawang besar hingga lumat.
  3. Panaskan minyak- agak banyak.
  4. Masukkan bahan mesin bersama garam dan gula.
  5. Kacau hingga naik minyak dan bahan gorengan hampir garing.
  6. Masukkan hirisan bawang besar.
  7. Lihat gambar di bawah.
 7. Masukkan air asam jawa dan sotong yang telah direndam, dibasuh dan ditoskan tadi.
 8. Kacau dalam seminit dua hingga sotong masak.
 9. Siap!!.

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...