Monday 17 November 2014

Nasi Kerabu Biru


Hari ini ada potluck lagi di Anjung Santai dengan menunya Nasi Kerabu...amboii..yang berat2 saje menu kami semenjak dua menjak ni...patutlah semuanya makin gebus gebas hahaha...
Bahagian saya hanya menyediakan sambal kelapa, yang lain2nya disediakan oleh cikgu2 lain pulak. Tapi alang2 buat sambal kelapa, saya sediakan sekali untuk sarapan merangkap lunch seisi rumah. Saya hanya hidangkan dengan budu yang diperah asam limau dan beberapa biji cili padi, ulam-ulaman serta keropok goreng..simple! Namun begitu ulam hari ini agak istimewa kerana selain daripada kubis, kesom, kacang panjang serta bunga kantan...saya masukkan juga pucuk sulung pokok daun serai kayu@daun samak yang saya tanam...alhamdulillah..hidup subur dia tambah2 musim hujan ni.
Untuk nasinya, saya bercadang nak gunakan daun telang yang lebat berbunga di dalam pasu, tapi saya terlupa memetiknya semalam...lepas solat Subuh pagi tadi saya terus ke pasu...alamakkk...sekuntumpun belum berkembang lagi...cari2 bunga semalampun tak wujud..hahahaha kantoi. Akhirnya saya gunakan pewarna biru Star Brand...

Sebenarnya, kalau kita masak nasi kerabu hitam (kat Kelantan kita tak panggil biru tau!), kita tidak perlu sediakan tumis/kuah tumis..memadai dengan sambal kelapa, budu dan air lada sahaja. Tapi sekarang saya tengok, tak kira warna putih, biru atau kuning..semua letak kuah tumis...terpulanglahh. Jom tengok resepi sambal kelapa Cik Wan, my late grandmother's style....

Bahan-bahan untuk sambal kelapa;

1 biji kelapa parut- digoreng tanpa minyak hingga perang, tumbuk halus semasa panas2 untuk mudahkan lumat. (jangan sampai pecah minyak)
5 ekor ikan sardin- dibakar*
5 ulas bawang merah-mayang*
1/2 sudu lada hitam*
3 batang serai- hiris nipis*
5 sudu kecil gula
3 sudu kecil garam
*semua nya ditumbuk lumat.

Cara menyediakannya;
  1. Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan gula dan garam.
  3. Ramas kuat hingga semuanya sebati/mesra.
  4. Rasakan masin manisnya.
  5. Jika sudah ok, tekan2 atau mampatkan sambal dalam mangkuk.
  6. Bila nak dihidangkan, gembur2 sambal tadi dan masukkan ke dalam pinggan hidang. Siap.
Nota: ikan sardin boleh juga direbus, tapi tidak tahan lama berbanding dengan menggunakan ikan bakar. Bau sambal yang menggunakan ikan bakar lebih wangi dan menyelerakan.

Air Lada;

10 biji cili padi
2 1/2 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
Cuka secukupnya
Air masak secukupnya (optional)

Tumbuk lumat semua bahan. Masukkan cuka dan air masak. Siap.

4 comments:

  1. alahai menggoncang jiwa betul... ingat dulu2 masuk belukar belakang umah petik daun samak hehehee. cikgu wan tau tak... saya kan kalau rindu2 makanan kita, mesti datang sini belek gambar hahahaa dah macam orang angau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..lucu pulak bila dengar Nastyna cakap macam tu...jemputlah datang selalu, kot2 boleh buat sendiri nanti..hilang rindu...

      Delete
  2. Tq sudi share resepi. Memang nampak menyelerakan. Baruuu nk belajar buat nasik kerabu 😂😂

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...