Cik Wan jumpa resepi ni dalam blog masakan Thai. Nampak sedap sungguh, apa lagi..jom tiru buat hehehe.
Cik Wan gunakan resepi sama dengan Sagupal cuma ditambah dengan isi kelapa muda. Memang mengancam sekali rasanya. Biji sagu pula Cik Wan bancuh dengan air rebusan Bunga Telang. Banyak sangat bunganya..lebat sungguh. Jom kita tengok resepinya.
Bahan-bahannya;
Untuk sagunya;
2 cawan biji sagu halus
1 cawan air panas(baru mendidih) - campurkan dengan bunga telang (optional)
Air secukupnya untuk merebus
Cara-caranya;
- Masukkan sagu ke dalam mangkuk yang mudah untuk dikacau.
- Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat.
- Kacau hingga sagunya bergentel dan boleh dibentuk.
- Gunakan sudu kecil, ambil 1/2 sudu dan gentelkan (tak perlu bulat sangat pun)
- Terus masukkan dalam air panas yang menggelegak (api perlahan)
- Tunggu sampai sagunya terapung dan jernih bijinya.
- Sambil itu, sediakan kuahnya.
1 biji kelapa muda dibelah dan dikeluarkan dengan sudu kecil.
Untuk kuahnya;
1 biji kelapa - ambil 5-6 cawan santan
1/2 sudu halba
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
2 cawan (ikut suka manisnya)
4 sudu tepung beras.
Cara-caranya;
- Satukan santan, halba, garam, gula, isi kelapa muda dan daun pandan.
- Kacau kuahnya di atas api hingga menggelegak (api sederhana sahaja)
- Masukkan bancuhan tepung beras. Kacau hingga menggelegak dan perlahankan api.
- Tapiskan buah sagupal.
- Masukkan ke dalam kuah yang sedang menggelegak.
- Kacau sebentar. Siap.
Selamat mencuba
Wah! Isi kelapa muda tu yang buat menambah2 bubur sagu masuk mulut hihihiii.
ReplyDeletebetul Amie..tapi susah juga nak dapatkan kelapa muda ni. Kebanyakan kelapa muda yang dijual tak banyak isinya
Delete