Tuesday 7 May 2019

Siakap Kukus Limau Nipis


Assalamualaikum dan salam Ramadan ke dua hari ini. Selamat berpuasa, semoga sihat semuanya.

Alhamdulillah, Cik Wan berbuka dengan Siakap Kukus Limau Nipis yang diminta oleh Zikry sejak semalam. Ramadan pertama berbuka dengan hidangan Siakap Raad Prik. Sengaja masak makanan kegemaran anak-anak supaya mereka bersemangat untuk berpuasa dan berselera semasa berbuka. Jom tengok bahan-bahan yang mudah ni. Resepi ini simple sahaja, tak banyak bahan dan flavour. Sesuai untuk budak-budak dan juga rasanya yang fresh.

Bahan-bahannya;

1 ekor ikan siakap -dilumur dengan garam dan lada putih/lada sulah.Perap seketika.

Bahan kuah :
1 cawan air atau lebih jika sukakan kuah yang banyak.
4 biji limau nipis ambik airnya-bergantung kepada saiznya.
5 ulas bawang putih dimayang nipis
1 inci halia dimayang nipis
1 kiub ikan bilis
2 biji cili api dipotong kasar- boleh tambah jika suka pedas
daun ketumbar
garam- Cik Wan guna sos ikan
gula-Cik Wan guna gula somtam

Masukkan semua bahan ke dalam periuk- panaskan sekejap. Rasakan. Pastikan masam lebih, manis dan masin secukupnya.

Cara menyediakannya;



  1. Kukus ikan hingga masak- dalam 10-15 minit menggunakan api besar.
  2. Bila dah masak, tuangkan kuah yang siap dimasak ke atas ikan.
  3. Hiaskan dengan hirisan limau nipis dan daun ketumbar.
  4. Hidangkan.Slurppp!!! hehehe.


Selamat mencuba...happy iftar semua



2 comments:

  1. Assalam Cik Wan. Belum terlambat untuk ucapkan selamat berpuasa buat Cik Wan sekeluarga. Siakap kukus limau npis tu nampak sungguh menyelerakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam Amie..selamat berpuasa juga utk Amie. Kegemaran anak-anak..puasa ni dok ikut selera mereka je hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...