Kari kesukaan cik abe..
Hari kedua Ramadhan...aii...takkan dah tak ada ide masak untuk berbuka nanti? Apa kata hari ni kita masak kari ikan mamak style..hihihi..jadi mamak la pulak hari ni..
Bahan-bahannya;
Kepala ikan merah/tenggiri
Sekeping potongan ikan(mana yang kita pilih tadilah)
Udang jika suka (saya suka campur udang sebab anak ketiga tu lebih suka makan udang)
Rempah;
Sepeket serbuk kari ikan
sesudu halba campur
5 ulas bawang kecil-tumbuk
3 ulas bawang putih-tumbuk
seinci halia-tumbuk
Sesudu serbuk cili/cili boh...nak mesin cili keringpun boleh..
Secawan santan...kadang-kadang saya tak masukkan santan langsung..
Selabu bawang besar dimayang (boleh juga guna bawang besar sahaja tanpa bawang kecil...lebih mudah)
Daun kari
Dua pohon daun ketumbar
Buah mangga (kalau ada)
Asam jawa.
Sayur-sayur;
5 biji bendi
1 biji terung bulat
Garam
Gula (Boleh dikecualikan...saya tidak letak jika gunakan santan)
Cara-cara memasak;
Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan hirisan bawang besar dan goreng sampai sedikit kekuningan.
Masukkan halba campur. Kacau sebentar. Masukkan daun kari dan bahan tumbuk (bawang kecil, bawang putih, halia dan cili)
Tumis hingga naik minyak dan wangi.
Masukkan rempah kari. Bila naik minyak masukkan air asam jawa dan kacau sebentar.
Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebentar dan masukkan hirisan mangga, akar dan batang ketumbar.
Bila menggelegak, masukkan ikan serta perasakan. Bila hampir masak, masukkan sayur-sayuran diikuti dengan daun ketumbar.
Rasa kari ini mesti masin dan masam....sama seperti kari ikan di kedai mamak...hehehe..
Selamat mencuba.
tadaaaa!!!!!
No comments:
Post a Comment