Thursday 25 April 2013

Teresek Jantung Pisang



Ini merupakan menu popular waktu kenduri kahwin di Kelantan. Disebabkan menu kenduri hanya terdiri daripada ayam percik atau ayam masak merah yang dipotong empat sahaja maka banyaklah berlebihan kaki, tongkeng, hati, jantung dan leher ayam. Maka terciptalah resepi teresek ni yang menggunakan semua parts ayam tadi dengan jantung pisang dan kadang-kala dicampur juga dengan kacang panjang.

Jarang boleh jumpa lauk ni. Nak buat sebenarnya mudah sahaja tetapi kebanyakan budak-budak tak berapa suka sayur jantung pisang dan organ dalaman ayam ni..bagi wing dan drumstick anytime la..maka jadilah ia lauk waktu kenduri sahaja hehehe.

Resepi ini saya belajar daripada emak saudara yang saya panggil Mok Yah. Dia ni kepala tukang masak waktu2 kenduri dan terkenal sebagai master chef dalam keluarga kami hehehe...kira glamer jugaklah..ada sentuhan midas gitu...masak apa sahaja mesti sedap. Dia sahaja yang mewarisi bakat sebagai kepala tukang masak daripada arwah nenek moyang kami dulu. Jom, kita tengok resepinya dulu;

Bahan-bahannya;
1 tongkol jantung pisang-dibelah dua dan kerat melintang halus-halus.
1 mangkuk besar campuran organ ayam (seperti hati, pedal,jantung,leher dan kaki ayam dipotong kecik)
2 sudu besar rempah gulai darat-kalau tak ada boleh guna rempah gulai kawah atau kari daging.
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia- tak letakpun tak apa
2 inci lengkuas
5 biji cili kering
1 sudu besar rempah ketumbar-ada orang goreng tanpa minyak dulu, saya tak buat
3-4 sudu kerisek
1 kotak 200ml santan
2 keping asam gelugor/asam keping
Sedikit budu-kalau tak suka tak payah letak
Garam
Gula

Cara-cara memasaknya;
(Caranya seperti memasak gulai darat Kelantan)

Untuk mengelakkan jantung pisang menjadi hitam, rendamkan dalam air garam sebaik dipotong.
Ramas dan perahkan sebelum dicelur dalam air yang banyak bersama sedikit garam.
Celur hingga lembut, tapiskan dan perah. Siap untuk digunakan.

  1. Sediakan jantung pisang seperti arahan di atas.
  2. Mesinkan semua bawang, cili, halia, lengkuas dan ketumbar.
  3. Masukkan bahan mesin dalam kuali bersama-sama bahan ayam.
  4. Masukkan juga rempah gulai darat/kari.
  5.  Masak hingga naik bau.
  6. Masukkan santan. Masukkan asam keping dan garam/budu serta gula.
  7. Masak hingga pecah minyak.
  8. Masukkan kerisek.
  9. Masukkan jantung pisang yang telah dicelur tadi. Kacau mesra.
  10. Masak hingga kuah pekat/bahan menjadi lembab2 sikit. (Lihat gambar)




8 comments:

  1. Boleh ko lawe hok tok tua kito buat.teresek ni juadah wajid sg klong..kalu ada ayam banyak dan jatung pise

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha, nak kena try hok Sg Kelong dululah..baru buleh jawab :-)

      Delete
  2. aaaa boleh kelik try buat ni,cari kulat sisir pun nyakut nih

    ReplyDelete
  3. Saya suka sangat lauk ni. Makan semangkok meratah gitu aje dah kenyang. Best.

    ReplyDelete
  4. Boleh tak guna rempah Teresek? Sebab saya ada beli rempah Teresek dari Kelantan. Saya belum pernah cuba masak masakkan dari Kelantan. Harap dapat bantu saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sangat2...lebih mudah kalau ada rempah teresek

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...