Wednesday, 21 August 2013

Hari Ulam Sedunia

Sehari sebelum balik ke Kuala Lumpur saya ke pasar pagi Jelawat untuk beli stok ulam dan rempah untuk dibawa balik. Kalau bab ke pasar ni memang favourite saya apatah lagi pergi dengan adik saya Idayu dan si Alis yang memang sekepala, siap sarapan lagi kat pasar tu. Sebenarnya agak jarang nak lihat geng2 perempuan masuk ke mana2 kedai kopi tapi kami main redah jer hehehe. Ini sah geng brutal baru balik kampung hehehe. Yang bestnya harga barang di pasar ni lebih murah berbanding dengan pasar Pasir Putih, memang kalau ikut nafsu penuh bonet tu dengan sayur mayur dan lauk pauk. Tapi alhamdulillah, saya masih berjaya mengawal diri dan jadi wanita yang lebih economic pagi tu, cuma beli yang perlu sahaja...jom kita lihat apa yang saya bawak balik ke KL..
Lada solok, RM5 sahaja ni..

Daun serai kayu @ pucuk Samak, ulam utama nasi kerabu atau laksa..ni RM2 sahaja
Ulam yang agak rare, pucuk Jenerih..rasanya lemak2, sedap sangat RM2 juga untuk 2 ikat.
Pucuk beko yang pahit tapi banyak khasiatnya, saya suka buat ulam mentah
tapi boleh juga dicelur dan dibuat kerabu, RM1 seikat
Pucuk Ketereh@Gajus..RM0.50 seikat..sedap sesangat ni..
.
.
.
dan, 
.
.

yang paling saya suka
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rempah kerutuk, Kuzi, Dalca, Kari, Gula Nise, Cili serbuk dan Gula kabung untuk somtam..
stok baru
.
.
.
.
.
dan termasuklah 3kg beras nasi dagang dan 3 kg beras pulut!!!
.
.
.
.
.
 done shopping and feeling happy :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...