Wednesday 21 August 2013

Jemput-jemput durian

Yang ni menu paling mudah dan sangat sedap. Tambah-tambah kalau musim durian murah ni, hari2 boleh buat jemput-jemput. Sedap ni tau, cuba jangan tak cuba.

Bahan-bahannya;
Inti durian

Isi durian secukupnya
Gula

  1. Asingkan isi durian daripada bijinya.
  2. Campurkan dengan gula secukupnya-kalau satu cawan agak2 isinya, masuklah dalam 2 sudu gula
  3. Sejukkan dalam peti ais (untuk elakkan gula cair dan inti pun cair)

Bahan tepungnya;

Tepung secukupnya (saya buat dalam 1 1/2 cawan-hehehe lupa nak sukat betul2..maklumlah masak bantai jer sebab dah biasa)
1 biji telor
1 sudu teh soda bikarbonart
Sedikit garam
Pewarna kuning
Air secukupnya

  1. Bancuh semua bahan seperti nak buat cucur.
  2. Biarkan sekurang-kurannya 30 minit sebelum digunakan.

Cara menyediakannya;
  1. Panaskan minyak.
  2. Gunakan sudu kecil untuk cedukkan inti.
  3. Masukkan dalam bancuhan tepung tadi.
  4. Kaup inti bersama dengan tepung.
  5. Masukkan dalam minyak dan goreng hingga masak.(lihat gambar dibawah)

Jemput2 ni akan lembut walaupun semasa sejuk. Sedapnyaaa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...