Ini gambar lama, baru sempat nak upload hari ni. Nasi Impit/Kapit bersama kuah kacang, sambal kelapa dan juga pulut pagi. Kalau di Kelantan, ini adalah set sarapan yang biasa dijual di sana. Dah siap-siap bungkus ditambah lagi dengan secucuk dua sate. Tapi tak ingat pulak berapa ringgit sebungkus.
Memang agak leceh nak menyediakan menu ini sebab setiap satunya banyak proses yang perlu dilakukan. Sekali sekala bolehlah, kalau selalu jenuh juga nak membuatnya. Yang nipun saya buat sebab dah diminta banyak kali oleh suami..aduyai macam mengidam pulak. layan jer lahhh.
Untuk resepi pulut pagi, boleh dirujuk di sini, saya kongsikan resepi kuah kacang dan sambal kelapa saja yer :-)
Kuah Kacang
Bahan-bahannya.
2 cawan kacang tanah-digoreng tanpa minyak sehingga sedikit hangus, buang kulit dan tumbuk sebahagian halus dan sebahagian lagi kasar-kasar.
1 biji kelapa- ambil santan secukupnya.
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 batang serai
10 biji cili kering
2 keping gula nise
Garam secukupnya
1/2 sudu asam jawa ambil airnya.
Cara-cara
- Mesin lumat bawang merah, putih, halia, cili dan serai.
- Tumis bahan mesin hingga naik minyak.
- Masukkan asam jawa, gula nise dan garam. Tumis lagi.
- Masukkan santan, kacau hingga menggelegak.
- Masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk. rasakan dan lebihkan rasa manis.
- Kacau hingga pekat dan warnanya naik cantik.
- Siap.
- Kuah ni boleh dibuat lebih awal-lebih sedap kalau dimakan pagi esoknya.
Sambal Kelapa
Bahan-bahannya
1/2 biji kelapa parut-digoreng tanpa minyal (jangan sampai terlalu brown)
2 ekor ikan selayang/sardin atau kembung-dipanggang atau rebus-buang tulangnya
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/4 inci halia
2 batang serai
Gula
Garam
Note: untuk sambal ini lada hitam tidak dimasukkan berbeza dengan sambal nasi kerabu yerCara membuatnya;
- Tumbuk kelapa hingga lumat (tapi jangan samapi pecah minyak)
- Tumbuk ikan hingga lumat.
- Masukkan kedua-dua bahan dalam kuali.
- Mesin bawang, halia dan serai dengan sedikit air.
- Masukkan ke dalam kuali yang sama.
- Masukkan garam dan gula.
- Kacau hingga sambalnya kering sambil2 rasakan manis dan masinnya.
- Siap.
set lengkapnya..
close-up...yummehh!!
Alhamdulillah, siap resepinya tapi jangan lupa nasi impitnya. Saya rebus yang segera sahaja, mudah dan cepat betul tak? heheeh :-)
Selamat mencuba resepi turun temurun orang Kelantan!
Tq respinya..
ReplyDeleteore klntan jah mkn mcm ni.. org ganu xmkn dye tgk pelik.. aku pow pelik org ganu,asal napok plik terus xmakan. aduhh
ReplyDeletehahaha takpo la, kita raikan perbezaan. Tapi saya suka makanan Ganu, sbb dok di sana dr 1985-1988. sedap2 belako rasanya
Delete