Thursday 1 August 2013

Nasi Kerabu


Kali pertama berkesempatan buat nasi kerabu dalam Ramadhan kali ini. Kalau sebelum ni, ada lah dalam 3-4 kali buat. Bukan apa, tahun ini kami berbuka puasa ala kadar sahaja. Kalau nak meriahpun bila weekend masa Aifaa balik sahaja. Tapi kali ini kat rumah ni dah ada peminat nasi kerabu yang baru..jeng..jeng..jeng..., si Nur Zahirah bertambah-tambah makan nasi dengan sambal kelapa. Lenkali boleh buat lagi..berbaloilah kalau semua pandai makan. resepi sebelum ini saya dah kongsi di sini. Boleh rujuk kalau nak buat bersama tumisnya. Kali ini saya tak buat tumis, cukup hanya dengan sambal kelapa dan air lada sahaja.

Sambal Kelapa

Bahan-bahannya:
Sebiji kelapa parut disangai garing (warna dark brown) dan ditumbuk lumat (jangan sampai pecah minyak)
4-5  ekor isi ikan selayang/sardin atau kembung (paling baik dibakar kerana akan kurang hanyir berbanding dikukus atau direbus)
6 ulas bawang merah
10 biji lada hitam
2 batang serai (lihat saiz)
gula/gula melaka, garam secukup rasa

Cara:
Tumbuk halus/lumat semua bahan. Gaulkan hingga sebati/mesra. Sudah siap, tekan-tekankan hingga rapat dan disendukkan ke dalam pinggan waktu menghidang nanti.


Sayur Ulam

Bahan-bahannya yang boleh digunakan;
Timun
Kacang panjang
Kubis
Bunga Kantan
Daun kesum
Daun kunyit muda
Taugeh
Daun selasih

Hiris halus-halus dan gaul bersama.


Air Lada

10 biji cili padi merah
Cuka secukupnya
2 1/2 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
Sedikit air masak
Cili ditumbuk/dimesin bersama-sama dengan gula dan garam dan dimasukkan cuka dan air masak.


Nasi
Beras secukupnya
Sedikit pewarna biru- tak ada bunga telang, saya gunakan pewarna biru StarBrand
2 helai daun limau purut.
Masak macam biasa.

Budu
Budu secukupnya
Cili padi dipotong
Asam limau nipis.
*kalau nak sedap, masakkan dahulu budu tadi dicampurkan dengan sedikit gula melaka dan asam kepimg.-saya tak buat.

Ok, selamat mencuba semua :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...