Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Wednesday, 26 March 2025
Cendol Sagu Lengkong
Thursday, 20 March 2025
Kerabu Timun Asli Kelantan
Bahan-bahan sambalnya;
1/2 biji kelapa-jadikan keresek.
4 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam
3 ekor ikan sardin/selayang dibakar/ 2 ekor ikan kembung
Tumbuk lumat semua bahan.
Bahan kerabu/sayur:
Daun kesum- hiris halus
- Masukkan semua bahan kerabu (sayur) dalam mangkuk besar.
- Masukkan semua bahan sambal/tumbuk, bahan perisa/kuah dan gaul sebati.
- Rasakan masin, manis dan masam secukupnya. Siap!
Sambal Jawa Sedap
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sudah Ramadhan ke 19 hari ini. Semoga semua sihat-sihat sahaja. Berbaki 10 hari yang terakhir. Semoga kita istiqomah dalam melaksanakan ibadat dan apa juga perkara-perkara baik dan jauh daripada perkara-perkara yang akan merugikan kita.
Walaupun kami asalnya orang Kelantan, tapi tekak kami ni universal. Sambal Jawa ni memang kegemaran anak-anak. Masa berbuka puasa semalam, Zikry tak putus-putus kata, sedapnya ...sedapnya..the best ever hahaha. Selalu gitulah kalau apa yang kita masak kena dengan tekaknya. Jom tengok resepinya. Mana tahu, sedap juga pada selera tuan dan puan.
Bahan-bahannya;
1 peket tempe- dipotong dan digoreng hampir garing
2 buku tauhu segar- dipotong kecil dan digoreng hampir garing
1 mangkuk kecil udang kertas
4 biji kacang panjang- dipotong serong
2 biji cili besar hijau-potong serong
2 biji cili merah besar-dipotong serong
1 peket suhun-direndam
1-2 peket fucuk -direndam
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
1 sudu serbuk cili
Kicap manis
Air asam jawa secukupnya- saya guna dalam 1 sudu asam jawa.
Garam
Gula
Cara membuatnya;
- Mesinkan semua bahan bawang, cili dan ikan bilis
- Keluarkan separuh minyak lepas menggoreng tempe, tauhu dan udang kertas tadi.
- Gunakan kuali yang sama untuk menumis bahan yang telah diblend.
- Tumis sampai naik minyak, Masukkan kicap,air asam jawa, garam dan gula. Rasakan masin manisnya.
- Masukkan kacang panjang, kacau sebentar.
- Masukkan suhun dan fucuk yang telah ditoskan, kacau sebati.
- Masukkan semua bahan goreng, kacau lagi.
- Akhir sekali masukkan cili potong. Kacau dan siap!.
Sunday, 9 March 2025
Kerabu Epal Hijau dengan Timun
Assalamualaikum dan salam Ramadhan ke-8.
Baru hari ke-8 tapi macam dah kering idea nak masak apa ya?
Jom kita buat kerabu mudah2 tapi sedap dan menyegarkan. Kerabu ni enak ratah-ratah gitu sahaja. Jom tengok bahan-bahannya;
Bahan-bahannya:
1 biji timun jepun, hiris halus
- Tumbuk kelapa hingga halus- jangan sampai pecah minyak. Keluarkan dan masukkan dalam bekas yang berisi epal, timun ,bawang dan daun kesum yang dah dihiris nipis.
- Tumbuk cili padi, belacan , garam dan gula hingga lumat.
- Masukkan dalam bekas epal tadi.
- Perahkan asam limau- gaul rata semuanya.
- Rasakan garam gulanya.
- Siap!