Resepi ini untuk dua peket laksa bungkus jenama Twenty yang boleh dibeli di Tesco.
Bahan-bahan kuah;
1/2 kg ikan selayang/sardin-direbus dengan 5 keping asam dan garam.
-isi ikan di asingkan dengan tulang dan diblend
-tulang ikan juga diblend dan tapis ambil airnya
-air rebusan ditapis dan dimasukkan dalam kuah.
10 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 batang sulur kantan
5-7 biji cili kering
20 biji cili padi-boleh tambah boleh kurang..ikut selera
3 inci belacan
--- semua bahan di atas diblend hingga lumat---
1 tin ikan sardin Ayam Brand- masukkan terus bersama kuahnya tidak perlu diblend
5-7 asam keping
Garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto-optional
Bunga Kantan
Daum Kesum
Air secukupnya
Cara-cara;
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk yang besar- tambahkan air secukupnya dan rebus.
2. Perisakan mengikut selera.
3. Hidangkan dengan ulam timun, daun salad, hirisan nenas, cili potong, bawang merah besar potong, asam limau kasturi dan daun mint kalau suka.
4. Ada orang suka masukkan petis dalam kuah ataupun semasa menghidang- saya tidak suka.
5. Siap!!!
Masak jangan tak masak yer..hehehe
Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Friday, 7 December 2012
Kerutuk Daging dan Ayam
Satu perasaan lega dapat saya rasakan bila saya mula mengumpul resepi-resepi yang dah lama terkumpul di dalam buku resepi ke dalam blog tersayang ni. Rasa lebih selamat dan senang diakses . Maklumlah buku resepi ada risiko hilang dan rosak berbanding dengan blog ni insyaAllah. Sudah ada dua tiga buah buku resepi yang sentiasa saya bawa walau ke mana saya pergi berjalan terutama sekali bila balik kampung. Sentiasa mencatat semua jenis masakan dan makanan baru atau sukar ditemui yang saya nikmati dan saya pula jenis muka tidak malu untuk bertanya cara bagaimana masakan di disediakan..hehehe
Resepi hari ni merupakan menu kebanggaan orang-orang kelate. Tetapi macam biasalah ada pelbagai versi ramuan dan juga cara memasak. Apa yang saya tulis ini merupakan versi keluarga saya yang mudah dan ringkas. Mek saya lebih gemar memasak kerutuk itik serati berbanding dengan daging. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas, pulut kuning ataupun roti jala atau roti biasa. jom kita tengok bahan-bahannya.
Bahan-bahan;
1 kg daging potong besar (kalau guna rempah kurma akan dipanggil daging buku besar yang dihidangkan semasa kenduri)
atau seekor ayam potong empat
1 biji kelapa ambil santan secukupnya
1/2 biji kelapa dibuat kerisek/ boleh beli yang ready made
1 peket rempah kerutuk/ 3-4 sudu rempah kerutuk-bancuh dengan air panas
Rempah 4 sekawan secukupnya-cengkih, lawang, pelaga dan bunga lawang
5-7 biji cili kering
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Seinci halia
Seinci lengkuas diketuk
1 batang serai diketuk
Gula melaka/gula
Garam
Sedikit air asam jawa
Cara-cara.
1. Sediakan bahan tumis:
- rempah kasar 4 sekawan
-2 ulas bawang merah dimayang
-2 ulas bawang putih dimayang
-sedikit halia dimayang
2. Bahan lain selebihnya dimesin (bawang, cili kering, halia)
3. Panaskan minyak. Masukkan no. 1, tumis hingga wangi. Masukkan bahan no.2, kacau hingga naik minyak.
4. Masukkan rempah kerutuk, tumis hingga naik minyak sambil masukkan serai dan lengkuas ketuk, garam, gula, kerisek dan air asam jawa.
5. Masukkan daging/ayam dan kacau hingga keluar air daging.
6. Masukkan santan.
7. Masakkan sambil dikacau sekali sekala sehingga santan pekat seperti di dalam gambar di atas.
Dah siap..senang je, jangan kecut perut tengok langkah-langkah tu hehehe. Macam kita masak kari je kan?.
Kalau tak ada rempah kerutuk macam mana? Boleh cuba guna rempah kari daging tapi ditambah dengan ketumbar dan jintan manis yang telah disangai. InsyaAllah bolehhh.
Selamat mencuba yer..
Tuesday, 4 December 2012
Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang
Resepi nasi dagang dah bagi, sekarang resepi gulai ikan tongkol aka aya aka kayu pulak.
Ada dua resepi, satu lagi yang saya suka boleh tengok kat resepi 2. Kat sini saya mengaku, saya belum master lagi dalam gulai ikan ni. Saya masih tak tahu rahsia sebenar bagaimana mereka yang pandai tu merebus ikan hingga rasanya sungguh sedap. Cukup masam manis dan masin, warna kemerah-merahan dan isinya lembut tapi susah pecah.Sebenarnya selain daripada kuah, kesedapan gulai ni bergantung kepada ikan rebus tu..aduiiii, ada sesiapa boleh kongsi rahsia tak?
Dah bermacam cara saya cuba merebus dan menggulai ikan ni...setiap kali buat bagaikan satu eksperimen bagi saya..hahahaha, dah tua ni...agak-agak bila la nak master..hehehe
Oklah, untuk yang tidak kenal ikan tongkol, ada dua jenis ikan tongkol iaitu hitam dan putih.
Macam mana nak bezakan kedua-duanya?
nampak tak bezanya?
Ikan tongkol hitam siripnya lebih panjang, isinya lebih lembut dan harganya lebih mahal. Ikan tongkol putih pula siripnya pendek, kulitnya lebih berkilat, isinya lebih keras dan harganya murah sikit...waaaahhhhh, bagus kelas hari ni kan? hehehe
Kalau untuk peniaga nasi berlauk atau nasi dagang, mereka biasanya gunakan yang putih, mungkin sebab isinya lebih keras dan pejal senang nak handle masa potong banyak-banyak dan masa nak bungkus tu...heheheh assumption! assumption !! pandailah kau Cik Wan ooiii...
Ok, ni gulai versi saya yer. Saya lebih suka versi ditumis berbanding dengan cara gulai darat.
1 ekor ikan tongkol (dalam 1 1/2kg - 2 kg seekor)- potong
Bersihkan, rendam dalam air asam jawa atau cuka sekejap.
Bilas dan rebus bersama-sama 6-8 keping asam keping, garam dan gula atau gula melaka. Masukan air sehingga ikan tenggelam.
Rebus dengan api perlahan sehingga airnya tinggal suku.
Bahan-bahan gulai .
1 biji kelapa ambil santan secukupnya.
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Seinci lengkuas
Seinci kunyit
5-7 biji cili kering
1 paket kari ikan @ 2-3 sudu rempah gulai nasi dagang kalau ada.
3-4 keping asam keping ambil yang digunakan untuk merebus ikan tadi.
(Mesin semua bahan di atas)
10-15 biji cili api dibuang tangkai.
Cara-cara:
Panaskan minyak.
Masukkan semua bahan mesin dan tumis hingga naik minyak dan berbau wangi.
Masukkan santan, asam keping dan cili padi.
Kacau hingga menggelegak.
Masukkan ikan rebus bersama-sama dengan air rebusannya.
Perisakan.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Kacau hingga menggelegak kali kedua atau hingga naik minyak dengan cantik.
Gulai ni mesti ada rasa masin, manis dan masam....baru powerrr hehehe.
* ada orang masukkan belacan, rempah kasar 4 sekawan semasa menumis dan ada juga yang masukkan jintan manis dan jintan putih..so, kalau rajin boleh cuba versi lain....ini versi yang paling mudah dan ringkas.
dalam periuk lagi ni
Cuti Deepavali hari tu kami ke Terengganu, wahhh best betul makan nasi minyak dengan gulai ikan kat Restoran Norazila di Simpan Empat Kuala Ibai.
Nasi Minyak Terengganu.
Apa lagi, bila dah sampai kat Terengganu tu saya bershoping sakan rempah gulai ikan Tongkol. disebabkan tak tahu brand apa yang sedap saya bantai je la beli kat Kedai Pak Leh betul dekat pintu masuk Pasar Payang tu, sedap jugak.
Macam-macam rempah ada kat sini.
Dah kenal ikan, dah ada bahan maka bolehlah masak nasi dagang hari nikan?hehehhehe...selamat memasak yer kengkawan..tekak ni rasa macam nak makan nasi berlauk kat kedai Su di Sekamat tu pulak hehehe..off dapur hari ni boleh tak?
Monday, 3 December 2012
Nasi Dagang Kelantan
My favourite dish..nasi dagang kelate. Macam-macam pesen dan cara memasaknya, ikut tempat dan ikut bahagian mana di kelate tu..but of course I always do it myyyyyy waaaayyyy!!! hehehe macam lagu Frank Sinatra la pulak..heheh
ok, ini bahan untuk 1 kg beras nasi dagang yer.
Bahan-bahan:
1 kg beras nasi dagang kelantan (pilih yang warna cerah iaitu beras perang hampir sama banyak dengan beras putih) sebab kalau yang perang gelap tu nasinya lebih keras dan elok dicampur sedikit dengan beras pulut dengan sukatan 3 beras nasi dagang : 1 beras pulut.
-basuh bersih dan rendam dengan halba 2-3 jam sebelum kukus
2 biji kelapa parut ambil 2 mangkuk santan pekat dan 2 cawan santan cair.
7 ulas bawang merah-mayang nipis
2 inci halia-hiris halus memanjang
1 sudu halba untuk direndam dengan beras
1 sudu halba untuk kuah-tumbuk untuk pecah-pecahkan bijinya
Sedikit garam
Sedikit gula- saya TIDAK pernah masukkan gula kerana tidak suka nasi dagang manis, tapi kebanyakan nasi dagang kelantan manis, so ikut suka lah yer..tekak masing-masing kan? heheh
Cara-cara :
- Masakkan santan pekat dengan garam hingga menggelegak/ tak nak masakpun boleh. Tapi agak cepat basi nasinya.
- Kukus beras nasi dagang kali pertama.
- Bila wap sudah keluar, biarkan sekejap dan keluarkan.
- Semasa panas-panas tu, masukkan santan cair dan kacau hingga santan sebati dengan pulut.
- Kukus semula.
- Kukus hingga wap keluar. Teruskan mengukus sehingga wap keluar dalam masa 5-8 minit baru dikeluarkan nasinya.
- Masukkan santan masak tadi dan bahan hirisan, halba pecah. Kacaulah hingga benar-benar sebati. Dahhh siap.
Kacau sebati
.
.
.
.
.
.
.
.
tengok dekat-dekat..
Hidanglah dengan kari ayam atau daging, gulai ikan tongkol, acar dan juga sambal kelapa. Boleh juga letak telor rebus.
Kadang-kadang saya suka campur udang dalam gulai ikan tongkol tu..senang kerja sebab anak suka makan udang
Notes:
* Ada juga yang gunakan santan mentah dan hirisan bawang dan halia mentah selepas dikukus kali kedua. terpulanglah ikut suka tapi saya dapati guna santan masak menjadikan nasi dagang lebih tahan lama dan lebih naik aromanya....insya Allah.
* Kalau tidak ada beras nasi dagang, boleh gantikan dengan beras wangi dan beras pulut dengan sukatan 3:1.
* Selamat mencuba.....:-)
Monday, 26 November 2012
Pau Goreng Kelate aka Roti Goreng
Pagi-pagi banyaklah roti ni di jual di Kelantan. Kalau adik ipar saya Azemi dan wifenya Siti Mariam, roti ni dijual dalam RM0.20 satu...murah giler....besar tapak tangan tau...
Ni resepi yang diajar kepada saya, bolehlah pakat-pakat cuba. Budak-budak sukalah makan roti ni panas-panas tambahan dalam musim hujan ni. Semalam saya buat dalam 1/2 kg tepung ..uhhh sekejap je habis pekena dengan teh -o panas di iringi hujan lebat mencurah-curah..hehehe
Bahan-bahannya:
1 kg tepung gandum
1 paket yis mauripan (bancuh dengan 1 cawan air suam kuku)
4 sudu margarine- semalam saya guna butter
1 sudu besar soda bikarbonat dan 1 sudu kecil garam (bancuh dengan 1 cawan air)
1 cawan gula
Air secukupnya untuk menguli (sehingga adunan tidak melekat ditangan)
Sedikit pewarna kuning jika suka.
Inti kacang merah- saya beli yang ready made.
Cara-caranya.
*inti roti goreng boleh ditukar mengikut kesukaan anda.
Selamat mencuba
Ni resepi yang diajar kepada saya, bolehlah pakat-pakat cuba. Budak-budak sukalah makan roti ni panas-panas tambahan dalam musim hujan ni. Semalam saya buat dalam 1/2 kg tepung ..uhhh sekejap je habis pekena dengan teh -o panas di iringi hujan lebat mencurah-curah..hehehe
Bahan-bahannya:
1 kg tepung gandum
1 paket yis mauripan (bancuh dengan 1 cawan air suam kuku)
4 sudu margarine- semalam saya guna butter
1 sudu besar soda bikarbonat dan 1 sudu kecil garam (bancuh dengan 1 cawan air)
1 cawan gula
Air secukupnya untuk menguli (sehingga adunan tidak melekat ditangan)
Sedikit pewarna kuning jika suka.
Inti kacang merah- saya beli yang ready made.
Cara-caranya.
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
- Biarkan doh naik 2 kali ganda.
- Uli/tumbuk sekejap doh tadi untuk keluarkan angin.
- Bulat-bulatan doh mengikut saiz yang dikehendaki. (Jangan besar sangat sebab sebelum digoreng akan dileperkan dahulu, jadi saiznya akan jadi makin besar)
- Masukkan inti kacang merah ke dalam doh (macam buat ondeh-ondeh)
- Susun dalam dulang/loyang.
- Panaskan minyak.
- Sebelum menggoreng, tekan-tekankan sedikit doh sehingga leper (jangan kuat sangat) dan terus masukkan ke dalam minyak.
- Roti akan tenggelam, mengembang dan timbul semula. Balik-balikkan sehingga masak/warna perang. Siap.
*inti roti goreng boleh ditukar mengikut kesukaan anda.
Selamat mencuba
Monday, 12 November 2012
Ketupat Sotong
Sebenarnya dengan rasa duka cita saya menyatakan saya tak sepatutnya menulis resepi ini hari ini. Sepatutnya saya siapkan sijil-sijil berhenti dan surat akuan yang belum bersentuh tu...waaaaa....betul-betul tak ada mood nak kerja la..tak apa dah janji dengan PKHEM hantar selewat-lewatnya hujung November ni...ada masa lagi..ada masa lagi...jom kita belajar dulu buat ketupat sotong idaman malaya ni..hahaha
* bagi yang tidak pernah makan, ketupat sotong ini adalah sejenis kuih yer..jangan pulak dibuat lauk dimakan dengan nasi..muntah for sure..hehehe
alaaa..jangan takut, kalau tengok iron chef tu..ikan, daging dan ayampun boleh jadi dessert kan?..heheh..besttt tau..
* bagi yang tidak pernah makan, ketupat sotong ini adalah sejenis kuih yer..jangan pulak dibuat lauk dimakan dengan nasi..muntah for sure..hehehe
alaaa..jangan takut, kalau tengok iron chef tu..ikan, daging dan ayampun boleh jadi dessert kan?..heheh..besttt tau..
Sungguh mengancam..!!!
Bahan-bahannya;
1-2 kg sotong sederhana besar (Lagi bagus kalau sotong yang sedang bertelor..yummy)
Bersihkan sotong, keluarkan tulang belakangnya. Cabut kepala sotong dan buang giginya. Sejatkan.
1 cawan beras pulut
4 keping nise
Sedikit gula (jika suka)
Sedikit garam
2 1/2 cawan santan pekat.
Daun pandan
Lidi/pencungkil gigi yang tajam hujungnya.
Cara-caranya;
Basuh beras pulut. Rendamkan dengan 1/2 cawan santan tadi bersama-sama sedikit garam. Biarkan sebentar.
Ambil sotong, isikan dengan beras pulut yang direndam tadi (kalau boleh bersama-sama dengan santannya sekali). Isi 3/4 penuh yer...kalau penuh sangat ketupat akan jadi keras@ pulut separuh masak dan kurang sedap dimakan.
Tutup badan sotong dengan kepalanya dimasukkan balik ke dalam badan. Cucuk kepalanya dengan 2 batang lidi secara bersilang dengan kemas supaya ketupat tidak terburai semasa merebus nanti.
Susun daun pandan didalam periuk sebagai alas.
Susun semua sotong dalam periuk dan masukkan santan yang 2 cawan tadi. (boleh tambah santan jika suka..selalunya saya letak santan hingga tenggelam sotong)
Tutup periuk dan rebus sotong.
Bila sotong hampir masak atau santan dah semakin kurang, masukkan gula nise atau gula melaka yang telah dipotong kecil dan gula. Masak sehingga nise cair dan kuah jadi pekat seperti di dalam gambar. Dah siappp.
* saya pernah makan ketupat sotong yang berkuah macam kuah pengat/bubur. Maaf, tak berapa suka pulak...mungkin dah biasa makan dari kecik versi pekat hitam ni seperti yang diajar oleh arwah nenek-nenek dan mak serta mak mertua saya.
Jangan lupa mencuba yer..ciao!!
Jangan lupa mencuba yer..ciao!!
Saturday, 10 November 2012
Kuih Kator
Antara menu jualan Mek dari zaman dulu...nak tulis resepipun susah sebab kami pakai campak-campak je. Katur ohh katur best sangat makan time hujan-hujan ni.
Versi asal yang mek jual warna coklat gelap sebab dicampurkan dengan gambir sirih dan sedikit air bancuhan serbuk kopi. Tak ingat pulak ada jual gambir kat Tesco, biasalah Cik Wan akan kreatif di saat-sat memerlukan..hahahah jadilah katur hijau versi pandan. Rasa dan teksturnya sama sebab bau daun pandan, rasa kapur dan gula melaka tetap ada. Best gitu..
versi biasa di kelate, warna coklat
Bahan-bahannya:
2 mangkuk tepung beras pulut
Sedikit air kapur (dalam dua sudu kecil air kapur -bukan kapur tau)
Air daun pandan untuk menguli tepung .
Sedikit minyak
Beberapa helai daun pisang.
Cara-cara.
Uli tepung pulut dengan air kapur dan air daun pandan. Adunan mesti agak lembut atau lembik. Dah siap uli dan adunan tidak melekat di tangan, sapukan dengan minyak masak di semua bahagian doh. Alaskan daun pisang di atas dulang/loyang kukus. Sapukan minyak atas loyang dan letakkan doh. Kukus sehingga masak (15-20 minit). Sejukkan.
Bahan kuah.
3-4 keping nise @ 1 ketul gula melaka
Sedikit gula
2 helai daun pandan
1 mangkuk air
Cara-cara
Satukan semua bahan dan masak sehingga kuah pekat. Sejukkan
Bahan kelapa.
1/2 biji kelapa parut putih.
Secubit garam.
Gaulkan rata. .
Cara menghidang
Potong isi katur dengan gunting kecil-kecil (saiz sebesar buah onde-onde atau sebesar ibu jari)
Terus masukkan potongan ke dalam kelapa parut. Guling-gulingkan tepung katur dalam kelapa sehingga bersalut semuanya.
Letakkan dalam pinggan dan curahkan kuah gula melaka tadi.
Siap......selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)










