Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama betul Cik Wan tak update blog. Bizi manjang. Hari ni Cik Wan nak share sesuatu. Target Cik Wan tahun 2018 hehehe. Hidup kena ada targetkan? Sedikit atau banyak bergantung kepada keperluan masing-masing. Target atau sasaran fizikal dan spiritual bagi tahun 2018. Mudah-mudahan hidup kita lebih berfokus dan bermakna.
Cik Wan berazam untuk turun berat badan pada tahun ini. Maklumlah bila dah berusia macam-macam penyakit akan muncul. Harapan Cik Wan ibarat pepatah "prevention is better dan cure". Jaga badan untuk elakkan penyakit family Cik Wan iaitu kencing manis dan darah tinggi. Cik Wan belum ada tanda-tanda penyakit itu lagi tetapi risau juga bila dah nak masuk 50an ni. Tapi Cik Wan bukan sekadar nak kurus tau...nak kurus sihat gitu. In sya Allah..doakan Cik Wan ya.
Cik Wan ada mengikuti satu program kurus sihat. Alhamdulillah bermula 5 Februari dan baru selesai sesi pertama pada 1 Mac semalam. Cik Wan berjaya turunkan berat badan exactly 5.0kg. Surprise tak? Cik Wan pun tak sangka..sambil makan boleh kurus hehehehe. Makan dan bersenam sekurang-kurangkan 15 minit sehari. Sekarang Cik Wan akan teruskan lagi ke sesi kedua untuk mencapai berat badan ideal. Sesi kedua ni agak sukar kerana kita kena turunkan berat badan dengan mengeluarkan/menghilangkan lemak2 tepu dalam badan. Sesi pertama agak mudah kerana proses detox mengeluarkan air berlebihan dalam badan. Lemak2 yang tersembunyi di sekeliling organ dan di bawah kulit ni agak payah nak diuruskan hehehehe...ye lah..bertahun2 dok jaga dok bela dia sampai tebal..:)
Nanti Cik Wan sharekan menu2 makanan yang Cik Wan ambil sepanjang bulan Februari ni. Untuk permulaan boleh tengok beberapa menu ni dahulu ya..
Omelette denga roti whole meal
Ikan dori panggang, ulam dan sambal belacan
Omelette bersayur
Aglio Olio fetuchini
Tom Yam Seafood
Grilled Salmon dan ulam
Chicken breast sandwich
Steam Salmon bersayur
Kengsom Siakap
Alhamdulillah...sebenarnya banyak lagi gambar2 menu yang Cik Wan ambik...nanti kalau ada masa Cik Wan sertakan dengan resepi sihat sekali ya. Jom!!!! kita sama2 kurus, langsing dan ramping cara sihat..
Assalamualikum dan salam sejahtera.
Tak kenal maka tak cinta. Ramai yang tidak biasa makan ikan tongkol bakar. Ikan Tongkol yang kecik2 tu..bukan ikan tongkol besar yang biasa buat gulai nasi dagang dan nasi berlauk tu. Isinya putih dan rasanya lembut manis. Cicah pulak air asam..Allahuakbar!!! memang sedap sungguhlah rasanya. Bagi Cik Wan lebih sedap daripada ikan jeket/cencaru dan ikan kembung.
Caranya mudah sahaja. Basuh bersih, rendam dengan air yang bercampur cuka/asam jawa sebentar. Bilas dan panggang.
Cicahlah dengan air asam atau sambal kicap atau sambal belacan atau budu..pergghhh. Kena pulak ada ulam-ulam kampung dan nasi panas2..adoi..terlajak tambah...gemuk la jawabnya hihihi.
Resepi untuk air asam :
Bahan-bahannya:
6 biji cili padi
4 biji cili merah besar
1 biji tomato-belah 4
2 sudu besar asam jawa- bancuh dengan air masak dalam 1/2 mangkuk kecil
2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Sedikit belacan
1/2 sudu kecil ajinomoto jika suka
*semua bahan di atas diblend.
1 biji tomato
1 labu bawang besar
*hiris nipis dan ramas2.
Masukkan air asam yang telah diblend ke dalam mangkuk.
Tambahkan dengan tomato dan bawang yang telah diramas tadi
Kacau sebati
Tambahkan dengan sedikit perahan air limau nipis....siap.
Tiba-tiba mood rajin datang semalam walaupun badan masih lemah dan penat menguruskan mesyuarat agung pibg belum hilang. Kadang-kadang aktiviti memasak ni dapat mengurangkan stress dan hati jadi happy je hehehe. Tambahan pula Cik Wan ada dua orang helper Alis dan Aifaa, kerja manyak senang lho hehehe.
Resepi ni Cik Wan dapat dari IG yatiekitchen. Terima kasih banyak2 ye dik yatie. Mohon maaf sebab ada ubah suai sedikit bahannya, ikut apa yang ada di dapur Cik Wan. Boleh rujuk ig beliau ya utk resepi sebenar.
Bahan-bahannya;
250gm mentega- Cik Wan guna Tatura unsalted
200gm gula kaster
4 biji telur- Cik Wan guna gred B
1 sudu besar jus lemon
parutan kulit lemon daripada sebiji buah lemon
1 sudu esen vanila
2 sudu minyak jagung
1 sudu besar susu pekat
230 gm tepung naik sendiri
Cara membuatnya;
Satukan mentega dan gula- pukul hingga putih kembang
Masukkan telur satu persatu sambil dipukul
Masukkan esen vanila, minyak dan susu pekat-pukul lagi
Masukkan air lemon dan parutannya-pukul
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan paling perlahan.
Sedia untuk dibakar dalam oven kepanasan 180 'C selama 35-40 minit ikut oven masing-masing.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat untuk semuanya semoga sihat dan ceria sentiasa. Sekarang ni cuaca tak menentu, ramai yang tidak sihat. Cik Wan pun dah bersambung demam dari minggu lepas. Sekarang batuk pula tak henti2. Mr A pun baru kebah dari demam agaknya jangkit dari Cik Wan. Mujurlah budak2 semuanya sihat. Agaknya antibodi mereka kuat berbanding kami berdua yang dah tua ni. Jaga kesihatan ya, banyakkan minum air dan elakkan daripada terkena hujan.
Musim hujan ni galak pula bunga telang Cik Wan berbunga. Nak buat nasi kerabu tak berapa rajin pula. Bila Mr bawak balik jagung, apa lagi terus terbit idea nak buat pulut jagung. Resepi biasa tak gunakan bunga telang tapi pandai2 Cik Wan je masukkan air bunga telang dalam santan. Jadilah macam dalam gambar. Jom tengok resepi dan caranya.
Bahan-bahannya;
2 gelas beras pulut
1 1/2 gelas jagung segar
1 gelas santan pekat
3/4 gelas gula- boleh kurangkan ikut keperluan
1 sudu teh garam
1 helai daun pandan.
15 kuntum bunga telang
1 cawan kelapa parut putih yang digaul sedikit garam
*masak santan dengan bunga telang + santan + gula +garam + daun pandan hingga gula cair.
Cara-caranya;
Rendam beras pulut sekurang-kurangnya 1 jam
Toskan beras pulut, gaulkan dengan isi jagung dan kukus hingga naik wap.
Keluarkan pulut dan masukkan dalam bekas.
Tuangkan santan ke dalam bekas pulut dan kacau sebati.
Kukus sekali lagi hingga naik wap dan pulut masak serta berkilat.
Semoga semuanya sihat dalam keadaan sibuk di penghujung tahun 2017 ini. Sibuk dengan keperluan anak-anak yang akan kembali ke sekolah pada 2/1/2018 nanti. Semoga semuanya lancar dan dipermudahkan Allah hendaknya. Ramai sahabat yang baru kembali dari Tanah Suci Mekah yang tidak berapa sihat, semoga cepat sembuh dan kembali cergas seperti sediakala. Kepada yang kurang sihat cepat-cepatlah dapatkan rawatan ya. Tolong doakan juga sahabat Cik Wan dari sejak zaman di UUM lagi, kawan sebilik Cik Wan yang disahkan kanser payu dara dan telah menjalani pembedahan beberapa hari lepas agar kembali pulih seperti biasa. Semoga Allah mengurangkan sakitnya, memberikan beliau kekuatan dan kesabaran bagi menghadapi ujianNya ini. Amiiin.
Hari ini Cik Wan kongsikan menu kegemaran Cik Wan dan anak-anak iaitu Vietnamese Spring Rolls. Lama dah teringin nak membuatnya tapi tidak ada kesempatan untuk mencari paper rice untuk kulit rolls ini. Kali ni sempat singgah di Jaya Grocer KLIA2 semasa menjemput Alis yang balik untuk study leave. Apa lagi..terus jalan perancangan yang terbengkalai selama ni hehehe.
Ini paper rice dari Vietnam yang ada tanda halal.
Ini sayur yang Cik Wan guna;
Salad/ iceberg lettuce
Timun
Taugeh
Daun Pudina
Lobak Merah
Daun Ketumbar
Daun Selasih
Untuk lauknya
Udang rebus yang dibelah 2 @
Isi ayam rebus
Boleh refer video di atas ya. Cik Wan suka jncookingchanel ni.
Kalau anda perasan, Cik Wan punya rolls tidak berapa kemas lagi..nanti dah selalu buat oklah hehehe. Practice makes perfect kan?
Untuk sosnya Cik Wan guna sos sendiri..Thai punya hehhe..pandai2 pulak tukar.
Bahan sos;
Air suam
Gula/gula padi
Garam/sos ikan
Akar ketumbar/batang ketumbar
Cili padi
Bawang putih
Limau nipis
Tumbuk semua bahan dan bancuh dengan air serta air asam limau.
Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar.
Ada juga sos kacang, tapi Cik Wan tak berapa gemar. Boleh gugel untuk resepinya ya.
Kalau beli yang dah siap agak mahal harganya. Bila buat sendiri boleh ikut citarasa sendiri. Boleh tambah dan kurangkan ikut selera sendiri seperti mana Cik Wan tak masukkan suhun dalam rolls ni. Sayur semata-mata dengan lauk. Yummy sungguh.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ni Cik Wan masak nasi goreng sahaja. Permintaan anak-anak untuk nasi goreng kunyit dengan ikan goreng, tak puas sebab mamanya buat semangkuk sahaja Ahad lepas. Arwah Mok dulu suka goreng nasi seperti ini bila ada lebihan ikan goreng semalam. Kadang-kadang dengan kunyit/lebihan minyak menggoreng ikan atau dengan cili kering tumbuk. Nikmatnya memang sukar digambarkan hehehe.
Semalam balik dari bertugas di sekolah, Cik Wan singgah beli ikan selar 6 ekor, gemuk besar macam tuan yang beli hahaha. Cik Wan tumbuk kunyit segar, bawang putih dan halia bersama garam untuk diperap dengan ikan selar tadi. 3 ekor Cik Wan goreng untuk dinner, 3 ekor lagi Cik Wan goreng tadi. Jadi bukanlah ikan ni lebih makan tapi memang sengaja dilebihkan hahaha.
Bahan-bahan untuk nasi goreng ni seperti dalam gambar di bawah.
Kalau nak lebih sedap, boleh tambahkan lagi cili api tu..bagi berasap hehehe. Cik Wan tak boleh nak pedas2 sangat sebab Ziky dan Zahirah tak tahan pedas.
Masaklah macam memasak nasi goreng biasa ya.
Tips memasak nasi goreng Cik Wan;
Tidak menggunakan air semasa menumis- maksudnya semua bawang dan cili ditumbuk.
Jika menggunakan bahan mesin- pastikan bahan tumisan kering air sepenuhnya sebelum dimasukkan nasi.
Gula hendaklah diletak sejurus sebelum api ditutup. Bagi menghasilkan nasi goreng yang berkilat cantik.
Jika nasi goreng tidak dimakan terus selepas masak/disimpan dahulu- masukkan sayur semasa menumis dan bukan selepas dimasukkan nasi untuk memastikan air dalam sayur sudah keluar sepenuhnya- mengelakkan nasi goreng basah/cepat basi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Selamat bercuti kepada yang bercuti dan teruskan bekerja dengan gigih serta ikhlas untuk yang sedang bekerja.We do what we have to do hehehe..
Setiap kali cuti sekolah Cik Wan akan memasak yang ringkas2 untuk Mr A bawa ke pejabatnya. Bukan selalu kita boleh belanja kawan2 suami makan betul tak?. Kali ini Cik Wan masakkan pulut kuning dan kerutuk. Asalnya nak masak rendang tapi macam dah biasa sangat. Jadi Cik Wan tukar kepada kerutuk, simpan dululah daun kunyit yang dibeli. Boleh kot kita buat nasi kerabu untuk sarapan esok pulak.
Resepi untuk pulut kuning ni dah Cik Wan share kan di SINI dan resepi kerutuk di SINI. Nanti boleh tengok kat situ ya.