Saturday, 4 August 2012

Calamari Butter


Ramai yang suka makan butter prawn, jangan tak tahu butter calamaripun sedap juga dan bahan, cara penyediaannyapun sama...jom tengok,

Bahan-bahannya;
Seekor sotong besar, potong dan toskan. Perap dengan garam, kunyit dan serbuk kari sedikit.

2 biji kuning telor. Kacau dan masukkan sedikit garam dan lada sulah.
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
1 tangkai daun kari
5 biji cili api dipotong.
Garam dan gula.

Cara-cara membuatnya;
Mula-mula sediakan telornya.
Panaskan minyak (lebih sikit). Masukkan telor yang sudah dikacau tadi perlahan-lahan. Pada masa yang sama sebelah tangan lagi mengacaunya secara bulatan menggunakan copstik. Masukkan hingga habis dan kacau tanpa henti hingga warnanya jadi sedikit kuning keperangan. Angkat, tapiskan dan simpan dalam bekas tertutup. Siap.

Dalam minyak yang sama (kalau banyak, keluarkan sedikit) goreng sotong tadi. Lebih kurang 2-3 minit sahaja. Jika lama, sotong akan jadi liat. Angkat dan toskan.

Panaskan mentega dalam kuali bersih dan masukkan sedikit minyak untuk elakkan mentega hangus. Dah cair masukkan daun kari dan cili padi. Kacau sebentar.
Masukkan susu segar, kacau hingga berbuih-buih. Masukkan sotong dan kacau rata.
Masukkan gula sedikit dan masukkan telor goreng tadi...kacau cepat-cepat dan tutup api. Siap.

Tak susahkan?...bila dah biasa, semua benda kita boleh goreng cara ini...apa lagi?...jom masak..
Yummyyy!!! Selamat mencuba..

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...