Sunday, 12 August 2012

Daging dan Hati Masak Lada Hitam @Blackpepper Beef

Salam...
Senang je masak lauk ni..boleh disiapkan awal bahan-bahannya dan goreng masa sahur nanti...makan panas-panas...uiihhh, bertambah-tambah nasi anak-anak makan.

Bahan-bahannya ialah;
1/2 kg daging, nak campur dengan hatipun best, nak buat satu-satupun best..paling bagus gunakan batang pinang/tenderloin..sekejap je masak..
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam
2 sudu sos tiram
2 sudu air asam jawa
Sedikit minyak masak untuk menggoreng.
Sedikit kicap manis- terpulang berapa sudu..kalau suka hitam, masukkan lebih
Kacang panjang, cili merah dan hijau, bawang besar dipotong .

Cara memasaknya;
Tumbuk/mesinkan bawang dan lada hitam. Masukkannya ke dalam daging yang telah dipotong nipis dan dibersihkan.
Gaulkan sebati bersama sos tiram dan kicap. Perap. Kalau buat untuk sahur, perap dalam peti sejuk. Kalau untuk makan la ni...perap sekejap je dan tak payah masuk peti sejuk.
Masukkan daging yang diperap tadi dalam kuali dan masukkan secawan air.
Kacau perlahan-lahan hingga air hampir kering atau daging empuk.
Masukkan minyak masak dan kacau goreng daging sebentar.
Masukkan air asam jawa dan garam jika masih perlu.
Bila hampir nak diangkat, masukkan bahan sayurnya. Kacau sebentar...done!!!
Ringkas dan mudah kan?
Selamat mencuba..





No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...