Saturday, 4 August 2012

Kerabu Jantung Pisang Kelate

Assalamualaikum..
Apa khabar hari ini? Semoga sihat sejahtera hendaknya. Menu apa agaknya nak dimasak hari ini? Atau mungkin hari ini nak menjeguk-jenguk pasar ramadhan yang berdekatan?...hahaha..apapun selamat memasak atau selamat membeli-belah.
Hari ini saya ingin kongsikan resepi kerabu kegemaran saya yang telah saya ubah suai sedikit mengikut apa yang ada dalam peti ais...tapi rasanya boleh tahan sedap jugak cuma kurang pekat dan kurang berlemak macam kerabu Kelantan yang biasa.

Bahan-bahan yang saya gunakan ialah;

Sebiji jantung pisang- dipotong nipis melintang dan rendam dalam air garam sebentar. Perahkan sedikit untuk membuang getahnya dan direbus. Masukkan sedikit lagi garam dan rebus hingga empuk. Ketepikan.

Semangkuk kerisek- kelapa parut digoreng perang dan ditumbuk lumat (tak payah sampai keluar minyak)
5 ulas bawang merah
1 sudu kecil lada hitam
1 mangkuk perut lembu yang direbus dan dipotong nipis
Cili padi dipotong (berapa biji, ikut suka)
Sebiji limau nipis yang sederhana besar (kalau besar sangat ambil separuh sahaja)
Garam dan gula.
Semangkuk santan pekat.
* bahan asal yang saya tidak masukkan di sini ialah isi ikan rebus/bakar- sebab saya rasa cukup dengan perut sahaja. Nak masukkan kedua-duanya boleh atau salah satu bahan sahajapun boleh.
* santan yang saya gunakan semangkuk kecil sahaja, kalau suka berkuah, boleh dilebihkan santannya ye.

Penat sangat, tak tertumbuk rasanya kerisek tu...kasar semacam je...nak sedap tumbuk lumat ye!

Jantung yang siap direbus
Ehhhh!!! mana pulak gambar perut ....sabo je lah...Si Zahirah dah delete dah...aduhhh...macam ni lah kalau banyak sangat tangan..
Tak apalah...bila dah siap, rupa macam nilah kerabu tak berapa lemak saya...hahaha, bagus untuk kesihatan ni...hahaha, ayat memujuk diri sendirilah ni...

Campurkan semua bahan yang disiapkan tadi di dalam mangkuk besar. Perasakan. Siap. Kalau lama lagi nak makan, boleh disimpan dalam peti ais. Saya biasanya sediakan atau campurkan kesemua bahan bila dah hampir masa untuk makan...barulah fresh rasanya.
Tak cantik sangat..kalau mek atau mak mertua tengok ni...hhmmm...tak pas lagi ni...hihi
NOTA:
Bahan asas kerabu kelantan ialah kerisek, isi ikan,bawang merah,lada hitam dan  santan termasuk gula, garam dan asam.
Jadi terpulanglah kepada kita kalau nak mengubahsuainya mengikut selera sendiri.
Ada orang suka tukar atau tambah bahan lauknya seperti perut atau kerang rebus.
Malah ada juga yang suka masukkan daun kesum, bunga kantan dan serai yang dihiris halus.
Macam saya kata, lain orang lain versinya. Lain tempat lainlah bahannya...ikut apa yang ada atau mudah diperolehi di kawasan mereka.

Oklah...selamat mencuba. Kalau tak ada jantung pisang boleh gunakan pucuk paku (rebus) atau timun (mentah), atau kacang panjang (mentah), atau taugeh....mana-mana yang sesuailah...hihihi...ciao!!

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...