Saturday 13 April 2013

Kek Coklat/Koko Kimi dan Mek Na


Gelap sungguh kek petang ni..hahahaha sampai tak nampak jelas teksturenya..

Jangan terkejut bila baca nama kek ni..sebenarnya dalam buku resepi saya memang ditulis siap dengan nama daripada siapa saya mendapat resepi atau belajar membuatnya seperti Kek Pisang Kak Jam, Udang Tepung Puan Thava dan seterusnya. Untuk resepi ni saya belajar daripada junior masa sambung master kat UKM dulu..pandai masak depa berdua tu. Resepi yang ringkas dan menjadi kegemaran anak-anak saya. Yang ni saya buat untuk Aifaa yang balik ke rumah sempena "outing day" hari ni, malangnya kek tak sempat masak dia dah kena pergi dulu..memang nak jadi rezeki jiran-jiranlah nampaknya. Saya tak berapa suka rasa kek yang pahit2 sikit ni tapi Si Alis dan adik2nya memang suka.

Bahan-bahannya;
Bahan Kering
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko-saya guna Van Houten (kalau nak kurangkan boleh)
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
(Semua bahan di atas disatukan dan diayak kecuali gula)

Bahan Basah
1 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak-saya guna minyak sayur
1 cawan air
Sedikit esen vanilla

Cara-cara membuatnya;
  1. Pukul semua bahan basah kecuali air hingga kembang.
  2. Masukkan bahan kering, pukul lagi.
  3. Masukkan air dan pukul hingga tidak nampak minyaknya.
  4. Bakar sehingga masak (dalam 35 -50 minit suhu 180c mengikut saiz loyang)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...