Friday, 12 April 2013

Sayur Lemak Jantung Pisang

Wahh, ini memang sayur kegemaran saya sejak dahulu. Arwah nenek selalu masak lauk ni ditemankan dengan ikan goreng, budu dan ulam. Abang2 sayapun memang sukakan lauk ni. Memang sah bertambah-tambah nasi. Di sekeliling rumah arwah nenek memang banyak pokok pisang jadi menu ni sentiasa jadi pilihan sebab mudah dan tak perlu beli, malah kelapa pun fresh dari pokok..pergghhh memang best!!.

Kalau di negeri lain  jantung pisang mungkin dimasak seperti masak lemak kuning atau masak lemak cili api atau kerabu. Di Kelantan, jantung pisang juga biasa dibuat kerabu, teresek dan sayur lemak putih seperti ini.

Bahan-bahannya;

1 biji jantung pisang-belah dua, dan potong halus melintang-rendam dalam air garam.
4 ulas bawang merah-tumbuk
1 sudu kecil lada hitam-tumbuk
Ikan rebus-tumbuk, kalau suka/ikan bilis-saya tak letak sebab saya sudah gunakan santan yang pekat.
Garam
Gula
Santan daripada 1 biji kelapa parut.

Cara-caranya;
  1. Celur jantung pisang hingga lembut.
  2. Tapiskan keluar airnya dan perah sedikit supaya air pahitnya hilang.Masukkan semula ke dalam periuk.
  3. Masukkan santan.
  4. Masukkan bawang dan lada hitam tumbuk serta ikan rebus tumbuk kalau ada.
  5. Kacau atas api perlahan-kacau dan jangan tinggal takut kuahnya berketul.
  6. Masukkan garam dan gula- kacau hingga menggelegak.
  7. Siap.

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...