Thursday, 18 June 2015

Ikan Bakar Air Asam

Air Asam


Ikan Sardin/Selayang  Bakar
Air Asam memang menu wajib Cik Wan di bulan Ramadhan..dimakan dengan ikan bakar, daging bakar mahupun kerang bakar..pendek kata apa2 pun sedaplah. Cara membuatnya juga simple. Boleh rujuk di SINI untuk resepi dan caranya. Hari ni Cik Wan buat sikit je sebab kami hanya bertiga iaitu Mr A, dan anak buahnya Si Kamil.

Bahan-bahannya:

4 biji cili padi
2 biji cili merah besar
1 biji tomato
2 sudu besar asam jawa- bancuh dengan air masak dalam 1/2 mangkuk kecil
2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Sedikit belacan

*semua bahan di atas diblend.


  1. Masukkan air asam yang telah diblend ke dalam mangkuk.
  2. Tambahkan dengan hirisan 1 labu bwang besar saiz sederhana
  3. Tambahkan dengan hirisan 1/2 biji tomato
  4. Tambahkan dengan sedikit perahan air limau nipis....sluurrpppppp....siap.
Makanlah dengan seafood bakar atau daging bakar..memang membuka selera sungguh...selamat mencuba!!!

Daging Singgang Asli


Bila berpuasa, tekak ni lebih suka lauk-lauk tradisional. Hidangan hari pertama berbuka puasa sungguh simple iaitu daging singgang, ikan panggang tawar dan air asam dan sambal goreng..alhamdulillahh..sederhana sahaja, bukannya boleh makan banyakpun.,betul tak?

Bahan-bahan;

1 mangkuk hirisan daging- Cik Wan guna daging tempatan bahagian peha dan keting.
1 labu bawang putih- ketuk
2 ulas bawang kecil-hiris
2 inci lengkuas- hiris nipis
1 sudu rempah ketumbar-tumbuk halus
4-5 keping asam (kalau besar 3-4 keping dah cukup)
1 biji cili kering- potong kasar
Garam
Gula

Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Masukkan air (banyak)
  3. Rebus hingga daging empuk- tambah air jika daging belum empuk.
  4. Siap. (Sebab puasa tak boleh nak test rasanya tapi mesti ada masin, manis dan masam)



Sambal Goreng Kering Untuk Sahur..nyum!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan dan seluruh umat Islam walau di mana sahaja berada. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Sama-samalah kita tingkatkan ibadah di dalam bulan yang penuh rahmat, keampunan dan keberkatan ini.

Malam ni Cik Wan nak kongsikan lauk untuk sahur malam tadi. Sambal Goreng kering yang sangat simple tetapi sangat sedap dan menyelerakan bila dimakan dengan nasi panas. Sambal ni tahan lama dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara hingga sebulan lamanya...eemmm..kalau tak habis lah heheheeh.



Bahan-bahannya sangat simple iaitu.


1 mangkuk kecil ikan bilis- yang berkualiti tinggi lebih baik dan lebih tahan lama rangupnya.
1 mangkuk besar cili kering yang dipotong dan direndam dengan air panas
2 labu bawang besar
Garam
Sedikit kicap manis


Goreng ikan bilis hingga rangup. Keluarkan dan toskan.
Blend bahan cili dan bawang. (saya masukkan sikit sahaja air semasa blend- nanti cepat garing dan tidak memercik kuat)
Tumis dalam minyak bekas goreng ikan bilis. (Minyak mesti banyak)

Masukkan sejemput ikan bilis yang telah direndam dan diramas hancur dalam tumisan. Masukkan juga sedikit garam.


Tumiskan hingga seperti dalam gambar. Cilinya nampak berwarna gelap dan kerinting.
Masukkan sedikit kicap manis.
Cepat2 masukkan ikan bilis dan tutup api. Kacau sebati.


Disebabkan minyak banyak sangat, selalunya Cik Wan akan toskan sekejap sambal ni untuk keluarkan minyaknya...ambil sedikit sahaja minyak untuk dimasukkan bersama sambal gorengnya...yang lebihnya Cik Wan buang atau boleh disimpan untuk digunakan bagi menggoreng nasi atau sayur.

Makan sambal ni waktu sahur dengan nasi panas2...fulamakkkk!!!!

Thursday, 4 June 2015

Nasi Arab Mandy






Tengok gambar je malam ni hehehe...

Malam ni agak istimewa makan malamnya..bukan apa , Aifaa baru balik dari asrama kerana terlibat dengan kelas tambahan dan juga program2 lain, Alis pulak sudah hendak kembali ke Penang lusa ni..mamanya pulak hendak berbuka puasa..jadi Cik Wan masaklah nasi arab kegemaran budak2 tu. Kerja yang banyak jadi lebih ringkas dan cepat bila ada dua pembantu hehehe...lps mereka balik kami berdua makan nasi dengan budu jer hahaha.

Resepi masih lagi sama dan boleh dapatkan di SINI. Untuk resepi asal, Cik Wan gunakan limau nipis dalam salata hara dan salsa, tapi kali ni Cik Wan gunakan lemon sepenuhnya. Jujurnya, menggunakan limau nipis lebih menyelerakan dan lebih naik wanginya. Kalau tiada masalah dengan asid urik seperti yang dihadapi oleh Mr A..Cik Wan cadangkan gunakan limau nipis berbanding lemon, walaupun resepi asal Arab menggunakan lemon..tekak kita, pandai2lah kita hehehheh.

Selamat mencubaaaa !!!

Sambal Sotong Ringkas





Semalam Cik Wan ke kedai Acheh, jumpa cumi yang comel2..walau kecik harganya RM21 sekg..mahal betul sekarang ni. Tekak dah terbayang-bayang sambal sotong dengan nasi panas-panas. Jom tengok resepi mudah terlajak ni..


Bahan-bahan:

1 kg sotong- cuci bersih dan toskan.
1 mangkuk besar cili kering potong- rendam dalam air panas
2 labu bawang besar
2 ulas bawnag putih
Garam
Gula
Air asam jawa secukupnya (dalam 1 sudu besar dan bancuh dengan sedikit air)

Cara-caranya:

  1. Mesin lumat cili kering dan 1 labu bawang besar dan 2 ulas bawang putih. Letak air sedikit sahaja supaya cepat garing bila ditumis nanti.
  2. Panaskan minyak agak banyak, masukkan bahan mesin.
  3. Masukkan garam dan gula.
  4. Masukkan 1 labu bawang besar yang dimayang.
  5. Kacau hingga sambal jadi seperti kerinting- agak lama sedikit gorengnya
  6. Masukkan air asam jawa. 
  7. Rasakan agar ada masin, masam dan manis.
  8. Agak dah ok, masukkan sotong yang telah ditoskan.
  9. JANGAN masukkan air.
  10. Biarkan sotong keluarkan airnya sendiri.
  11. Goreng sekejap sahaja agak2 sotong dah masak, tutup api.
  12. Jika digoreng terlalu lama sotong akan jadi keras seperti plastik.



Pulut Pagi Tanak



Sarapan kegemaran Cik Wan..memang tak boleh tengok pulut tanak..memang terliur sungguh. Zaman dulu kita tanak beras pulut yang ditanam sendiri, kukur kelapa yang dipetik dari pokok....Allahuakbar..sedapnya tidak terkata.

Cik Wan masak 1/2 cawan untuk seorang makan, tapi tak habispun..anak2 masak western breakfast..mana nak layan pulut2 macam ni...rugikan depa ? heheheh

Pulut dimasak/tanak macam biasa, paling senang guna rice cooker..airnya mesti kurang..dalam 1cm daripada paras beras.

Kelapa parut putih diletak sedikit garam.

Goreng ikan masin kesukaan masing-masing..done!!!

Tuesday, 2 June 2015

Laksa Penang Lagi...





Nur Alis, kalau dia puasa..macam2 permintaannya untuk berbuka..kali ni dia mintak laksa. Kami berdua memang suka makan laksa ni, tapi tidak dengan Mr A...suka maksudnya kami akan makan berulang-ulang..daripada petang hingga ke esoknyalah...makin lama dan makin banyak kali dipanaskan kuahnya makin sedap rasanya..hahaha. Adoi !!

Resepi dan bahan masih lagi sama seperti yang Cik Wan tulis di SINI.

Bahan-bahan:

1 kg ikan selayang/sardin-direbus dengan 5 keping asam dan garam.
           -isi ikan di asingkan dengan tulang dan diblend
           -tulang ikan juga diblend dan tapis ambil airnya
           -air rebusan ditapis dan dimasukkan dalam kuah.

10 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 batang sulur kantan
5-7 biji cili kering
20 biji cili padi-boleh tambah boleh kurang..ikut selera
3 inci belacan (boleh tambah lagi jika suka)

--- semua bahan di atas diblend hingga lumat---

1 tin ikan sardin Ayam Brand- masukkan terus bersama kuahnya tidak perlu diblend
5-7 asam keping
Garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto-optional
Bunga Kantan
Daum Kesum
Air secukupnya

Cara-cara;
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk yang besar- tambahkan air secukupnya dan rebus.
2. Perisakan mengikut selera.
3. Hidangkan dengan ulam timun, daun salad, daun selom,  hirisan nenas, cili potong, bawang merah besar potong, asam limau kasturi dan daun mint kalau suka.
4. Ada orang suka masukkan petis dalam kuah ataupun semasa menghidang- saya tidak suka.
5. Siap!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...