Saturday, 3 January 2015

Banjir Penghujung Tahun 2014 (3)

26 Disember 2014
Kampung Pulau Gorek jadi sunyi sepi..semua wanita dan kanak2 sudah dipindahkan kecuali penduduk yang berumah tinggi serta para suami yang risaukan keselamatan rumah mereka. Tahu tak kegiatan memecah masuk rumah dan mencuri sangat banyak ketika ini kerana mereka tahu rumah tidak berpenghuni...semoga mereka semua diampunkan..
Adik ipar Azemi dan isterinya Siti Mariam sudah balik menyertai kami. Kedainya dimasuki air paras lutut dan selepas memindah dan mengangkat barang ke tempat tinggi mereka kembali dengan speedboat untuk membantu MIL serta anak2 mereka. Rasa lebih kuat dan selamat dengan adanya mereka. Kedai mereka berada di tempat yang agak tinggi di Pengkalan Kok Majid..kali pertama tenggelam..menunjukkan betapa besarnya banjir tahun ini..

Air naik paras leher hari ini. Budak2 tidak boleh lagi main air banjir walaupun dengan pengawasan orang dewasa. Mujur kami ada kedai yang bergril. Paras pinggang mereka di aras dua kedai dan paras leher di aras satu...mereka memang seronok..kita yang tua ni sudah makin susah hati. Air tangki yang ada hanya untuk makan dan minum sahaja. Mandi, wuduk, buang air...semuanya menggunakan air banjir yang berkelodak..Allah...
Mr A keluar ke Pengkalan Kok Majid dengan Azemi atau Kamil untuk membeli air minuman botol sambil meninjau keadaan banjir. Setiap kali mereka keluar berkayuh, isteri2 di rumah memang penuh kerisauan..tapi orang lelaki ni apa yg mereka tahu?..

Kami terputus hubungan terus dengan dunia luar apabila jambatan di Gate Air Kok Keli pecah (menghala ke Tumpat) dan jalan di Kg Laut runtuh (menghala ke Palekbang)..malahan Kg Palekbang pun tenggelam dengan cepat menyebabkan satu kematian kerana pihak bomba tidak mampu dan tidak sempat datang menyelamatkan arwah kerana air terlalu deras..innalillah..


Cik wan sambung lagi...

Banjir Penghujung Tahun 2014 (2)



24 Disember 2014…hari ke 3 banjir…air semakin naik. Mungkin air dari kawasan Gua Musang mula turun ke muara. Air di depan rumah separas lutut mula naik hingga paras pinggang. Budak2 sudah tidak boleh bermain air sendirian tapi tahu sajalah budak2 ni..makin dilarang makin menjadi. Cik Wan memang takut sebab budak2 tu tidak tahu berenang..tambahan pula air sangat deras…nasib baik nenek sanggup menjaga mereka sambil memunggah barang2 kedai untuk naik ke ruang dapur yang lebih tinggi.
Mr A mula memunggah barang kedai. Sebelum ni dari aras 1 ke aras dua dan tiga kedai. Sekarang dari aras tiga ke dapur. Masa ni air sedang naik dengan cepat. Ruang dapur ni level ke 4 rumah MIL..nampak nunnn....hujung gambar di atas adalah ruang kedai MIL..
Air makin dalam...perahu dan bot mula digunakan.

25 Disember 2014
Di saat penganut agama Kristian menyambut Krismas..kami di sini mula cemas. Air makin naik..bekalan elektrik dan air telah diputuskan. Mungkin takut bahaya atau ada tiang/pencawang elektrik yang tumbang. Bomba dan polis mula melakukan operasi pemindahan..air telah menunjukkan tanda2 akan terus naik. Masa ni kami masih ada powerbank, bolehlah berhubung dengan keluarga dan kawan2 di luar menggunakan WA dan FB...mereka juga mula risau keadaan kami di kampung.

Jiran2 di depan dan sebelah rumah dipindahkan menggunakan bot2 polis. MIL tidak mahu berpindah kerana masih ada tiga level rumah yang belum tenggelam iaitu ruang dapur, ruang tamu dan loteng. Dia juga tak mahu berpindah kerana risaukan penduduk kampung yang datang membeli barang keperluan seperti makanan dan minuman, ubat2 dan macam2 lagi.
Jiran2 kampung tak henti2 datang membeli barang keperluan di saat cemas ni. MIL memang pemurah dan sangat belas kasihan orangnya. Rata2 yang datang membeli barang secara hutang...maklumlah dimusim2 banjir ni mana nak dicari duitnya?. Ada yang datang membeli beras 1 kg untuk makanan 11 orang ahli keluarga..subhanaAllah...cukup ke? untuk berapa kali makan tu? MIL ambil beras separuh peket..sedekah sahaja...tak terbayang wajah syukur dan lega lelaki tu..masa tu bantuan belum datang lagi.
Kami?....akan tetap bersama MIL...membantu apa yg patut...dalam hati saya berkata2..memang rezeki Mr A untuk berbakti kepada ibunya di saat genting ni. Dia tak henti2 memunggah barang kedai bersama2 dengan anak saudaranya Kamil, Anis, Mashitah serta Alis dan Aifaa. Cik Wan pula lebih kepada menguruskan tempat letak barang supaya lebih tersusun..senang nak ambil bila orang datang nak membeli nanti...serta menjadi chef untuk memasak menu yang sedap dengan menggunakan bahan2 yang terhad. Betullah orang kata, makan yang paling sedap ialah ketika lapar. Masaklah apapun..semua berselera makan walaupun menunya hanya sambal ikan rebus, kicap ikan rebus, nasi goreng dan gulai...Cik Wan kena rebus semua lauk segar kerana peti sejuk sudah tidak dapat digunakan lagi. Kalau masak memang kena parut kelapa, tumbuk semua bahan ...semuanya cara tradisional..nasib baik Cik Wan ni orang kampung hehehe...
Tengok Cik Wan tu...masak dalam air paras betis di dapur...air sejuk sangat Cik Wan tak tahan..tu yg bertenggek atas kabinet dapur..masa tu tgh siapkan sarapan nasi goreng cili kering..nasib baik Aifaa expert menumbuk hehehe...siap bersila atas kabinet..sape nak buat menantu angkat tangan hehehe...

Cik Wan sambung lagi lepas ni...



Thursday, 1 January 2015

Banjir di penghujung tahun 2014....Selamat Datang 2015


Salam Tahun Baru 2015.
Cik Wan sampai di depan rumah dari Kelantan tepat2 pukul 12.00 tengah malam 1 Januari 2015. Setelah terperangkap lebih kurang 10 hari di Kampung Pulau Gorek..kampung halaman Mr A. SubhanaAllah..AllahuAkbar!!!!! Maha Suci Allah yang mengurus dan mentadbir sekelian alam...betapa kita manusia hanya makhluk ciptaanNya yang sangat lemah..selemah semut2 halus yang hanyut di air tenang..langsung tiada daya dan upaya melawan kekuasaanNya.

Cik Wan balik kampung kali kedua di bulan Disember pada hari Ahad 21 haribulan dengan harapan mahu menghabiskan cuti2 akhir tahun bersama mok dan mek..mek tak berapa sihat lepas kenduri di rumah Mok Yah sebelum itu. Mr A pulak memang beria-ia mahu bermain air banjir di kampungnya. Banjir kali pertama baru sehari dua surut, biasanya banjir susulan akan berlaku. Kami memang tidak menyangka banjir yang datang menjadi banjir yang paling besar pernah kami alami, yang menyebabkan kemusnahan hartabenda dan kehilangan nyawa bukan sahaja di Kampung Pulau Gorek...malahan di kawasan-kawasan yang langsung tidak pernah menerima kesan banjir yang luar biasa seperti di Kuala Krai, Dabung, Manik Urai, Kota Bharu, Pasir Hor, Rantau Panjang dan banyak tempat lagi.

Pada 22 Disember, sempat lagi Cik Wan dan Mr A berjalan-jalan ke Kota Bharu untuk meninjau air Sungai Kelantan di Tambatan DiRaja..sempat bergambar-gambar lagi. Kami ronda2 makan angin sehinggalah pada pukul 3 petang, Nur Alis hantar 3 mesej.."mama, balik cepat..air tengah naik!!!!!" Kelam kabut kami bertolak dari KB ke Pulau Gorek...bila dah masuk kawasan kampung, kami dapati kereta2 sudah mula dibawa untuk parking di batas tali air...kawasan paling tinggi di kampung itu. Masa tu kami memang seronok kerana memang banjir ini ditunggu...bolehlah kami main air...SubhanaAllah.

Nasib baik Mr A cepat bertindak dengan meletakkan kereta terus di Pengkalan Kok Majid, iaitu pintu masuk ke kampung Pulau Gorek yang selalunya selamat dan tidak pernah di naiki air kecuali di bahagian tengah berhampiran Jeti Kok Majid yang sememangnya tempat yang paling rendah dan paling deras airnya. Air dari Sungai Kelantan akan meredah masuk ke kawasan kampung menerusi Kok Majid dan masuk ke kawasan sawah padi yang lebih rendah...laluan atau rempuhan airnya tersangat deras hingga pernah berlaku kematian akibat hanyut.

Mr A berjalan masuk ke Pulau Gorek...penduduk sudah mula memindahkan kenderaan masing2 ke atas batas.

Daripada batas tadi kami kena melalui jambatan ( Gambar pertama) di mana air sungai mula naik.  Gambar di atas ialah jalan masuk selepas jambatan tadi menuju ke rumah MIL. Masa ni air mula naik dengan cepat hingga paras lutut.
Air paras lutut saya di halaman rumah. Perahu kolek dikeluarkan dan anak-anak seronok bermain air banjir tanpa mengetahui bahwa akan menyusul episod banjir yang menakutkan dua hari kemudiannya. Mr A seronok melayan anak2 bermain air..Cik Wan? mampu tengok je la sebab airnya masih kotor dan sangat sejuk... tahukah kawan2, air banjir ni sejuk macam air batu?

Pada 23 Disember...air naik hingga kedai MIL tenggelam, tapi itu perkara biasa setiap kali banjir datang. Semua barang dipunggah ke aras 3 kedai dan juga ke bahagian dapur yang lebih tinggi. Peti sejuk dan peti aiskrim diangkat ke atas meja kedai. Kebiasaannya begitulah....kedai akan dibuka macam biasa dan MIL akan berniaga di dalam kedai yang dinaiki air separas lutut...itu yang selalunya...
Mr A sempat mengajak  bersiar2 menaiki perahu keliling kawasan kampung...Cik Wan yang tak pandai berenang ikut dalam takut...Kami berdua siap menyeberang sungai yang sudah paras dada di tebingnya...Allahuakbar..takut tak payah nak cerita..siap baca doa bagai...berkayuh menyeberang hingga ke Pengkalan Kok Majid. Kami perlu meninjau kereta yang ditinggalkan sambil menjenguk dua orang adik Mr A yang berniaga di situ.
Air di Pengkalan Kok Majid memang deras hingga pihak bomba menyediakan tali untuk memudahkan penduduk menyeberang. Pendek kata kalau budak2 memang hanyut terus la. Cik Wan ada mengambil video tapi tak dapat pulak nak diuploadkan...lain kali Cik Wan cuba lagi. Kereta kami telah dialih oleh adik ipar ke tempat yang lebih selamat kerana tempat biasa mula dinaiki air. Selepas membeli sedikit sebanyak barang keperluan, kami bertolak balik mengayuh perahu (Mr A yang kayuh...Cik Wan tak pandai). Balik ke rumah semula dengan melalui kebun2 kelapa yang mula tenggelam dan sekali lagi menyeberang sungai yang arusnya memang mengerikan...bila fikir2 sekali lagi..masyaAllah..kalaulah berlaku apa2...

Malamnya air mula naik dengan cepat....Cik Wan akan sambung lagi di coretan yang berikutnya...


Sunday, 21 December 2014

Udang BBQ mudah yang sangat sedap tak ingat..



Mr A baru balik dari KK malam tadi bersama dengan 1 kg udang harimau saiz xl dan 1 kg saiz L. Tau je lah anak-anak ni, masa tu jugak di suruhnya mama masak. Nasib baik bahan-bahan ada. Lepas masak tak sempat2 nak ambil gambar cantik2 sebab ramai dok tunggu, hilang konsentrasi mama..tgklah gambar ni..langsung tak membangkitkan selera walaupun udangnya besar2 hampir 100gm seekor..nasib mamalah hahaha..

Saya ubahsuai resepi dari Jamie Oliver "Prawn BBQ with Asian Twist" yang mudah sangat tapi sangat sedap dan sangat membangkitka aroma udangnya. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahannya;

1 kg udang- dibelah belakang dan dibuang uratnya. Bersih dan toskan.
3 biji kentang- rebus hingga masak dan potong 4

Untuk bahan perap;

4 sudu sos cili
4 sudu sos cili Thai
2 biji limau nipis
4 sudu sos ikan
2 tangkai daun ketumbar-potong kasar
3 biji cili padi-dipotong
2 cm halia-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
2 batang serai-diketuk
1 sudu gula
Garam jika perlu


Semua bahan disatukan dan kacau sebati.Rasakan agar ada masin, manis dan masam.
Gaulkan dengan udang dan kentang, perap seketika.




Tutup dengan foil dan bakar menggunakan oven api atas beberapa minit. Buka foil dan balik-balikkan udang. Tutup foil semula. Bila udang dah masak, buka foil dan bakar lagi seminit dua. Masa menghidang, tuangkan jus udang yang keluar ke atas udang dan kentang. Taburkan dengan hirisan lemon dan daun ketumbar.
Mana tahan nak ratah udang sahaja kan?. Jadi Cik Wan masakkan sekali Pasta Olio yang memang ngam dengan hidangan udang BBQ ni...aduhhh..menjilat jari you all tau hahahaha..

Nota: Masa kecik2 dulu jika tengok rancangan masak menggunakan udang besar2, kami akan kata "alahhhh..tak payah resepi canggih2..kalau dah udang macam tu, rebus pun sedap." dengan penuh rasa kepingin dan angan2 untuk merasanya satu hari nanti dan Cik Wan masih setuju dengan kata2 itu..kalau bahannya elok dan segar, masak simplepun sedap tambahan pula jika dimasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Tapi sekali sekala, dalam masakan perlu ada nilai tambah yang akan menyemarakkan lagi keseronokan terutama anak-anak tanpa perlu membayar lebih untuk makan di restoran2 besar yang mahal. Hubungan kekeluargaan yang terjalin lebih mesra, celoteh dan harapan mereka serta komen2 serta pujian..."maaaa.....sedapnyaaaa" tidak mungkin dapat dibeli dan akan terus menjadi catatan kenangan dalam sebuah sejarah kehidupan seorang ibu dan anak..Mr A tersenyum puas tengok anak2 bersemangat makan dan senyumannya makin lebar bila Alis dan Aifaa berkata.."terima kasih bah..tq abahhh.."..we are one happy family...aminnn.

Saturday, 20 December 2014

Grilled Dory With Salad

Anak-anak makan Fish and Chips, mamanya makan ikan bakar dengan salad je. Agak-agak berapa lama boleh tahan kenyangpun tak tahu hehehehe, you all bukan tak tahu, Cik Wan ni perut nasi.

Untuk hidangan ni boleh sediakan ikan dahulu, sambil2 tu boleh buat salad. Nanti ikan dah masak, salad baru siap..fresh gitu. Tapi kalau tak cekap, sediakanlah salad dahulu terutama dressingnya, sayur2 dipotong dan simpan dalam peti ais. Ikan hampir masak, baru gaulkan sayur dengan dressingnya. Ok, jom tengok resepinya.

Salad (untuk 2 hidangan)

1 biji tomato-potong baji
1/2 labu bawang- mayang kasar
Daun salad hijau dan merah- dikoyak kasar
1 tangkai daun ketumbar- dipotong kasar
1 biji cili padi dipotong kasar

1/4 biji lemon- diperah airnya (lebih kurang 1 sudu besar air lemon)
2 cubit garam
2 sudu besar minyak zaiton
5 biji lada hitam- tumbuk kasar

Cara-caranya:
  1. Satukan air lemon, minyak zaiton, garam dan lada hitam. Kacau hingga sebati. Sedia untuk digunakan ke atas salad.

Grilled Fish

Bahan-bahannya:

4 keping ikan dory yang telah didefrost (lap dengan kertas tisu dapur hingga kering)
Lada hitam secukupnya
Sedikit garam

Cara-caranya:
  1. Tumbuk halus lada hitam.
  2. Lumurkan lada hitam dan garam hingga rata.
  3. Bakar ikan hingga masak. Boleh gunakan nonstick pan. Cik Wan gunakan magic pan Vantage. Sapukan sedikit minyak ke dalam pan dan bakar ikan hingga masak.
Hidangkan ikan dengan salad tadi. Yummy!!!

Fish and Chips ala Cik Wan.


Hari ni Cik Wan layan selera anak-anak. Masakan yang ringkas sahaja tapi mengenyangkan. Si Zikry dengan Zahirah memang akan makan kentang goreng dahulu sehingga kenyang..akhirnya ikan tak dijamah. Zikry baik sikit sebab akan makan juga coleslaw manakala Zahirah tak akan sentuh langsung sayur ni. Alis dengan Aifaa akan menikmati makanan ni sambil mulut tak henti-henti sedapnya ma...sedapnya ma hehehehe...
Jom tengok resepinya...

Langkah pertama mesti sediakan salad/coleslaw dahulu.

Coleslaw

Bahan-bahannya;
1/2 biji kubis segar- disagat memanjang
1 batang karet- disagat
1/2 labu bawang besar- Cik Wan guna bawang Holland- didadu
2 biji cili padi- dipotong kasar
5 sudu mayonis
1/2 biji limau nipis
2-3 cubit garam.

Cara-caranya:
  1. Satukan mayonis, air limau nipis, garam dan cili padi potong dalam mangkuk.
  2. Masukkan semua sayuran dan gaul sebati.
  3. Simpan dalam peti sejuk dan keluarkan masa menghidang nanti.

Ikan

Bahan-bahannya:

1 peket ikan Dory- kena defrost (Cik Wan ambik masa dalam 2 jam untuk defrost hingga semua air
batu keluar)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan aiskrim soda- kalau takde, gunakan air sejuk dari peti ais.
2 biji telur putih
Sedikit garam (lebihkan sikit jika guna aiskrim soda kerana rasanya sedikit manis)
Sedikit lada sulah.
Minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara-caranya;
  1. Sediakan bater dengan memasukkan semua tepung ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan telur putih, garam dan lada sulah.
  3. Masukkan aiskrim soda dan kacau agak-agak sebati tapi tak perlu sebati semua. Biarkan jika ada bintil2 yang mana ini akan merangupkan gorengan.
  4. Pastikan minyak benar-benar panas, 
  5. Perlahankan api sambil celup ikan ke dalam bater, masukkan ke dalam minyak dan goreng hingga golden brown/ masak/garing.
  6. Toskan atas tisu dapur dan hidangkan terus.
Kentang Goreng
Goreng kentang yang readymade sahaja. Kalau rajin boleh buat sendiri :-)


Nota:
Hidangkan bersama hirisan lemon dan sos cili. Selamat menjamu selera...


Friday, 19 December 2014

Ulam Awet Muda


Timun, pucuk betik, mata kunyit (kunyit muda) dan bunga lengkuas

Bunga lengkuas
Kunyit yang baru digali semalam

Hari ni Cik Wan layan brunch Nasi  Berlauk Kari Ayam semalam dengan ulam-ulam yang Cik Wan tanam sendiri. Adoi..memang heavy hehehe..

Cik Wan tak pernah makan pucuk betik sebagai ulam..alamakkkk, pahit giler!!! Lebih pahit daripada pucuk beko yang Cik Wan suka tu..adeh! Katanya pucuk betik ni banyak khasiatnya seperti menghaluskan kulit, menghilangkan migrain, menurunkan kolestrol dan merendahkan tekanan darah. Paling mujarab katanya mengubati Malaria..tak pasti betul atau tidak.

Cik Wan lebih suka kunyit muda..hari-haripun takpe...tapi kunyit muda ni tidak boleh dimakan terlalu banyak atau terlalu kerap kerana setahu Cik Wan kunyit mentah boleh mempercepatkan menopause..jaga2 hehehehe...

Bunga lengkuas digemari oleh Mek..tapi saya lebih suka bunga kunyit. Bau bunga lengkuas lebih kuat dan ada rasa pahit2 sikit. Hujan-hujan ni lebat pula  lengkuas Cik Wan berbunga..daripada membazir, lebih baik Cik Wan paksa makan hehehe..mana tahu ada khasiat yang besar..contohnya awet muda..hehehehe..jangan jeles kalau Cik Wan nampak muda 10 tahun hahahahaha..

Tapi peringatan juga untuk sesiapa yang makan ulam mentah ni. Kena cuci bersih2..rendam dengan air garam. Kalau yang tanam sendiri, kena petik selepas matahari naik sedikit kerana mengikut abang Cik Wan yang lulusan pertanian..cacing2 yang halus akan naik ke pucuk2 pokok pada waktu malam dan turun bila keluar cahaya matahari. Kalau kita petik terlalu awal pagi, dikhuatiri cacing2 tersebut masih ada pada batang dan pucuk2 tersebut..wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...