Hari ni Cik Wan layan selera anak-anak. Masakan yang ringkas sahaja tapi mengenyangkan. Si Zikry dengan Zahirah memang akan makan kentang goreng dahulu sehingga kenyang..akhirnya ikan tak dijamah. Zikry baik sikit sebab akan makan juga coleslaw manakala Zahirah tak akan sentuh langsung sayur ni. Alis dengan Aifaa akan menikmati makanan ni sambil mulut tak henti-henti sedapnya ma...sedapnya ma hehehehe...
Jom tengok resepinya...
Langkah pertama mesti sediakan salad/coleslaw dahulu.
Coleslaw
Bahan-bahannya;
1/2 biji kubis segar- disagat memanjang
1 batang karet- disagat
1/2 labu bawang besar- Cik Wan guna bawang Holland- didadu
2 biji cili padi- dipotong kasar
5 sudu mayonis
1/2 biji limau nipis
2-3 cubit garam.
Cara-caranya:
- Satukan mayonis, air limau nipis, garam dan cili padi potong dalam mangkuk.
- Masukkan semua sayuran dan gaul sebati.
- Simpan dalam peti sejuk dan keluarkan masa menghidang nanti.
Ikan
Bahan-bahannya:
1 peket ikan Dory- kena defrost (Cik Wan ambik masa dalam 2 jam untuk defrost hingga semua air
batu keluar)1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan aiskrim soda- kalau takde, gunakan air sejuk dari peti ais.
2 biji telur putih
Sedikit garam (lebihkan sikit jika guna aiskrim soda kerana rasanya sedikit manis)
Sedikit lada sulah.
Minyak yang banyak untuk menggoreng
Cara-caranya;
- Sediakan bater dengan memasukkan semua tepung ke dalam mangkuk.
- Masukkan telur putih, garam dan lada sulah.
- Masukkan aiskrim soda dan kacau agak-agak sebati tapi tak perlu sebati semua. Biarkan jika ada bintil2 yang mana ini akan merangupkan gorengan.
- Pastikan minyak benar-benar panas,
- Perlahankan api sambil celup ikan ke dalam bater, masukkan ke dalam minyak dan goreng hingga golden brown/ masak/garing.
- Toskan atas tisu dapur dan hidangkan terus.
Goreng kentang yang readymade sahaja. Kalau rajin boleh buat sendiri :-)
Nota:
Hidangkan bersama hirisan lemon dan sos cili. Selamat menjamu selera...
No comments:
Post a Comment