Thursday 28 November 2013

Ayam Kicap Berlada Hitam (Black Pepper Chicken)

Mudah saja...tapi menyelerakan.
Ini menu ringkas malam tadi. Saya masak lebih untuk ditinggalkan kepada anak-anak di rumah. Hari ini hari ketiga saya dan Puan Roshedah membuat pecutan akhir SPM untuk Ekonomi Asas. Esok Jumaat hari terakhir kelas. Peperiksaan kertas ini akan berlangsung pada 2 Disember 2013, semoga semua murid dapat mencapai keputusan yang cemerlang. Hari pertama seramai 39 orang hadir, hari kedua 50 orang dan hari ini 75 orang...alhamdulillah!!. Usaha terakhir kami..lepas ni kita sama-sama berdoa agar mereka semua dipermudahkan semasa menjawab dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Wajah-wajah pelajar cemerlang...
Jom lah kita tengok resepi ayamnya.

Bahan-bahan;
1/2 ekor ayam-potong kecil
-ayam diperap dengan garam dan lada sulah-boleh juga garam kunyit.
-goreng 3/4 masak.

Mesinkan;

6-8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu lada hitam

Air asam jawa (dlm 1/2 sudu asam jawa)
2 sudu sos tiram
Kicap masin dan manis secukupnya

Hiasan;
Bawang besar- dimayang kasar
Buah tomato dibaji
cili merah dan hijau

Cara-caranya;
  1. Mesin semua bahan bawang, halia dan lada hitam hingga lumat.
  2. Bila ayam goreng sudah 3/4 masak, tuang keluar minyaknya, dan masukkan bahan mesin ke dalam ayam.
  3. Kacau hingga kuahnya hampir kering.
  4. Masukkan air asam jawa dan sedikit minyak lebihan menggoreng ayam tadi.
  5. Kacau, dan masukkan sos tiram serta kicap.
  6. Rasakan masinnya.- Saya tak masukkan lagi garam sebab ayam dah cukup masin.
  7. Masukkan bahan-bahan hiasan. Kacau sebentar..siap!!.
Ringkas serta cepat proses penyediaannya..cubalah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...